‘Cover Line’ Guna Iqra’ Gara2 Lupa Bawa Yasin, Guru Digelar ‘Pelakon Sebenar’

Selain aktiviti duniawi, aktiviti yang melibatkan rohani seperti membaca Yasin di waktu pagi turut selalu kita lihat berlaku di sekolah-sekolah yang melibatkan guru dan pelajar.

Iospital phone repair gombak

Banyak faedahnya membaca Yasin. Selain dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar dengan guru, dapat juga pahala setiap kali menyebut kalimah yang ada di dalamnya.

Pun begitu, tular kisah seorang guru yang memegang iqra’ ketika bacaan Yasin berlangsung akibat terlupa membawa buku Yasin, membuatkan warganet di media sosial terhibur!

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @hafiziiiiasri, guru berkenaan tetap meneruskan bacaan Yasin meskipun di tangannya adalah iqra’.

Apa yang membuatkan pemilik video ini dan warganet lain terhibur adalah iqra’ yang dipegangnya hanyalah sekadar hiasan dan seolah-olah untuk lakonan sahaja.

“Lakonannya sangatlah clean” seloroh pengguna TikTok itu di ruangan kapsyen.

Melihat daripada gelagat guru ini membuatkan ramai boleh relate dengan situasi di mana terlupa atau tersilap membawa Yasin ketika di zaman bangku sekolah.

Sejak video berdurasi 18 saat ini dimuat naik minggu lalu, ianya berjaya meraih jumlah tontonan sehingga 570.3 ribu manakala mencecah tanda suka sebanyak 49.4 ribu!

Apabila meneropong ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat gelagat guru yang berlakon menggunakan iqra’ sebagai ganti kepada buku Yasin.

Malah, siap ada yang menggelarkan cikgu itu sebagai pelakon terbaik kerana cuba untuk ‘cover line‘ supaya tak kantoi dengan yang ada di situ.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“wayang betul ni”

“yg cikgu pon… 😂😂 die punye nk cover mcm bawak yassin tk beragak 😂😂😂”


“boleh lah tu buat ada²😂😂😂”

“watak utama sungguh 😂”

Video yang tular di TikTok

@hafiziiiiasri Lakonannya sangatlah clean 😆 #fyp #foryoupage ♬ original sound – Hafiziasri