Tidak dapat dinafikan lagi bayi yang kian membesar pasti ada saja gelagat mereka yang membuatkan ibu bapa mahupun orang lain yang melihat geli hati.

Selain sudah pandai ketawa dan tersenyum, gerak geri tubuh kecil mereka juga mampu mencuit hati ramai orang sekeliling.

Persis dengan sepasang ibu bapa ini apabila anak kecil mereka tampak gembira apabila melihat pantulan dirinya di dalam cermin.

Situasi yang bikin ramai geram dengan bayi itu sempat dirakam oleh ibunya. Dalam video yang dikongsi oleh @fzisml di laman TikTok memaparkan suaminya sedang menggendong anak lelaki mereka sambil mengarahkan muka bayi itu ke arah cermin.

Sepasang ibu bapa itu dikatakan sedang shopping di sebuah kedai pakaian di dalam pusat membeli belah. Difahamkan, bayi mereka memang pantang dihadapkan ke cermin kerana pasti akan tersenyum. Kebetulan pula kedai baju tersebut mempunyai banyak cermin.

“Bila anak kau pantang tengok cermin mesti senyum-senyum. Habis satu H&M kami round sebab nak tengok dia senyum-senyum depan cermin”

Video yang tular di laman TikTok:

@fzisml Sapa ank dia mcmni, pantang tgk cermin‍♀️ #fyp #fypシ #foryourpage ♬ Hujan Dimalam Minggu Remix – ♡︎

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.3M tontonan, 305.2K tanda suka, 5898 komen dan 8225 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netzen terhibur dengan gelagat budak lelaki tersebut yang kelihatan sangat gembira melihat dirinya di cermin sehingga mengkuir senyuman sampai ke telinga.

Bukan itu sahaja, para netizen juga turut geram melihat budak lelaki tersebut yang menggoyangkan tangan dan kaki seolah-olah seperti sedang menari apabila melihat cermin di pusat beli belah tersebut.

Berikut merupakan komen menarik daripada warga maya:

“dia ttahu dia hensem. Hebat anak muda ni!”

“pantang eh nampak cermin mesti senyum..”

“dia tahu dia comel tu yang dia senyum tengok cermin”

“dia cam eh eh handsome n cute nyaaaa sayaaaa yayyy”


 

Geram betul tengok baby niii, siap menari-nari pula tu, sihat selalu yaa !