Umum mengetahui, perkara ini bukanlah suatu isu yang baharu tetapi kini semakin ramai peminta sedekah yang mengemis di lampu isyarat.
Pastinya anda pernah berhadapan dengan pengemis yang mengetuk cermin pintu kereta.
Apa yang diharapkan mereka adalah secebis ihsan daripada masyarakat untuk memberi sedikit wang buat mengalas perut mereka.
Namun lain pula dengan kiah yang tular baru-baru ini dimana seorang kana-kanak rohingya dikatakan berang apabila tindakannya meminta sedekah dirakam oleh perakam video tersebut mencuri perhatian ramai.
Dapat kita lihat, budak lelaki tersebut dengan berani menumbuk kereta dengan muka marahnya serta menundingkan jari ke arah pengguna jalan raya tersebut.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Cheras, Kuala Lumpur dan kanak-kanak tersebut sebenarnya ditemani oleh seorang lagi temannya yang ditugaskan untuk meminta sedekah di jalan yang sama.
Video yang tular:
Kalau aku dapat budak ni memang dia bernasib malang la jawabnya. Sial punya perangai.
Lokasi bukan di bumi Malaysia tapi di Cheras Darul Rohingya 😂😂😂. Rm50 dan rm10 kot budak tu dpat😁 pic.twitter.com/vjrBCCM8T9
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) January 2, 2022
Difahamkan, kejadian sebegini yang melibatkan warga ronhingya bukan lah satu topik yang baharu dalam masyarakat kita, sebelum ini, kira kira May 2020 telah tular tentang remaja berbangsa Rohingya cuba membuka pintu kereta seorang pengguna jalan raya ketika berhenti di lampu isyarat berhampiran persimpangan bertingkat Batu Tiga.
Kelibat peminta sedekah berbangsa Rohingya ini sering kelihatan di kawasan persimpangan jejambat ini sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Gaya minta sedekah secara paksa begini yang kurang digemari. Berjalan dari kereta ke kereta & cuba buka pintu kereta orang. Bila tak diberi, mula tunjuk reaksi. Kalau tengok rupa paras rasanya ini warga Rohingya. pic.twitter.com/UB5v44pMWU
— MyWatch (@My_CrimeWatch) May 8, 2020
Bukan itu sahaja, pada Oktober 2021, Harian Metro melaporkan bahawa aktiviti meminta sedekah dari kereta ke kereta sebenarnya sudah merebak ke beberapa lokasi di seluruh ibu kota.
Bagi lebih meraih simpati, mereka akan mendukung anak-anak di pangkuan sewaktu meminta sedekah.
Perkara ini nyata membahayakan keselamatan pengguna jalan raya oleh kerana cara ‘extreme’ mereka meminta sedekah.
Aktiviti meminta sedekah di tengah jalan raya juga perlu dibendung supaya ia tidak menjadi salah satu ‘budaya’ di negara ini.
Antara reaksi warga maya:
Klu aku dh bukak pintu hempas ke bdn dia.bru ko rasa ye https://t.co/KsbNmF7LcT bru betul melentur buluh biar dr https://t.co/p4hAo6CdrN dh besar mmg x lut nk luku.
— nur yang bercahaya (@nur123456789000) January 2, 2022
Ko buat kt kete aku dik, mmng aku bukak tingkap aku ludah je
— àkil (@muhdakilll) January 2, 2022
nape kita melayu ni terlalu bersopan? patut la tongkat warrant pernah sebut ‘Melayu perlu diajar kurang ajar’..asyik bagi muka je kat pendatang..cukup2 la ‘pendatang’ yg dah naik lemak kat tnh kita ni
— Abang (@ZafryllZulkifly) January 2, 2022
Kurang ajar betul..yg hairan ada jugak makhluk yg mengalakkan bagi duit..kenapa perlu ajar minta sedekah di tengah jalan..nak buat baik pun bertempat
— zynen (@zynen1) January 2, 2022
Mereka semakin berani. Negara lain tanak terima rohingya taw. Last2 smua masuk malaysia gini lah jadinya.
— luffy (@luffyramadan) January 2, 2022