“Panggil Bomba” Puting Tersangkut Dekat Kaki, Idea Ibu Bantu Anak Selesaikan Masalah Buat Netizen Terhibur

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri bahkan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Tidak dinafikan, gelagat kanak-kanak nyata membuatkan hari-hari kita terhibur. Ada sahaja idea, percakapan, dan telatah mereka yang membuatkan kita tidak kering gusi melihatnya. Senang cerita, boleh sunyi kalau tak ada diorang sehari.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang bayi dilihat keliru dengan putingnya yang tersangkut telah mencuri tumpuan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mommyan14, kelihatan seorang bayi sedang menghisap puting getah sambil aksinya dirakam oleh ibunya.

Namun apa yang lebih melucukan adalah si bayi dilihat struggle untuk mengambil dan menghisap putingnya itu.

Dia terlihat seolah-olah sedang bingung dengan apa yang terjadi setelah puting yang dihisapnya jatuh berkali-kali ketika dicapai.

Rupa-rupanya, kakinya tertindih rantai puting sehinggakan putingnya tersangkut lalu tidak dapat mencapainya.

Bagi menyelesaikan masalah ‘besar’ tersebut, ibunya mempunyai ‘cara lain’ untuk membantu anaknya untuk mengambil puting itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@mommyan14

macam mana nak buat ni? auntie uncle boleh tolong firash tak 😂

♬ GOOD BOY X DANCE MANCING – Rian.A

@mommyan14 Reply to @ernaaziz5346 ♬ original sound – anisumar

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 152.7K tontonan, 6807 tanda suka, 303 komen dan 199 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat bayi tersebut yang ‘gigih’ untuk menyelesaikan mission nya.

“Dik kecik-kecik dah ada masalah, kau kena tahu semakin besar semakin banyak masalah yang kau kena hadap” – Netizen

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga tidak dapat menahan ketawa melihat idea ibunya dalam membantu anaknya itu menyelesiakan masalah.

Berikut merupakan komen warga maya: