“Kesian anak..” Anak Teriak Ketakutan Ibu Dikasari Ayah, Pemuda Terpaksa Campur Tangan Demi Keselamatan

Setiap wanita mempunyai impian yang sama dimana menginginkan sesebuah keluarga yang bahagia dan harmoni serta paling penting, memiliki suami dengan keperibadian yang baik.

Namun tidak semua orang mampu mengecapi hasrat tersebut. Ada yang dibelenggu masalah rumah tangga dek kerana suami yang panas baran dan ada juga yang digantung tak bertali.

Pun begitu, apa jua masalah yang dihadapi, tidak boleh dinafikan bahawa anak merupakan individu yang paling terkesan dalam isu ini.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak berada dalam keadaaan menangis ketakutan melihat kedua orang tuanya bergaduh sesama sendiri mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @a.zrf, kelihatan lelaki tersebut terpaksa masuk tangan oleh kerana tidak sampai hati melihat keadaan anak yang seolah-olah trauma dengan apa yang berlaku.

Dapatjuga kita lihat lelaki tersebut sedaya upaya meredakan keadaan sekali gus bagi mengelakkan wanita itu daripada terus dikasari si suami.

“saya minta maaf kerana masuk campur saya tak sanggup nak tengok anak kecil itu menangis kerena ibunya di perlakukan sebegitu . maafkan saya”

Video yang tular di laman TikTok:

@a.zrf

saya minta maaf kerana masuk campur saya tak sanggup nak tengok anak kecil itu menangis kerena ibunya di perlakukan sebegitu . maafkan saya🙏🏻

♬ bunyi asal – wawa Najwa_92

@a.zrf Reply to @honeyqueen79_ untuk kali ke 2 jika di padam lagi saya tak post dah . maafkan saya 🙏🏻 #abgsepana ♬ original sound – A K M A L 💎

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.9 Juta tontonan, 259.2K tanda suka, 12.9K komen dan 7756 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berang melihat si suami yang berkasar terhdap isteri sehingga memberi impak negetif kepada emosi anak.

Bukan itu sahaja, malah dalam masa yang sama para netizen ‘salute’ dengan tindakan lelaki yang membantu meredakan keadaaan demi keselamatan wanita tersebut dan anak kecil itu.

Berikut merupakan komen warga maya: