Pakai Spek Hitam dan Earphones Masa Ziarah Asnaf, Haqiem Rusli Dikecam Peminat

Sebelum ini terpalit dengan kontroversi depression, nampaknya nama penyanyi Haqiem Rusli sekali lagi menjadi perbualan hangat di laman Twitter. Baru-baru ini, penyanyi itu ada mengikuti program PH Kongsi Rezeki anjuran Hot FM bersama Lembaga Zakat Selangor.

Stesen radio terbabit berkongsikan foto sekitar program tersebut di laman Twitter, bagaimanapun penampilan Haqiem Rusli yang memakai kaca mata hitam dan airpods ketika menziarahi rumah seorang asnaf dikecam teruk oleh netizen.

Rata-rata netizen berpendapat Haqiem seolah tidak menghormati tuan rumah dengan penampilannya yang dilihat kurang sesuai ketika kunjungan tersebut. Tidak kurang juga ada yang melabel Haqiem seorang yang tidak ada adab.

Ada juga berpendapat, sebagai selebriti Haqiem menunjukkan contoh dan teladan yang baik supaya boleh menjadi ikutan oleh peminat. Bagaimanapun ada segelintir netizen memberikan komen sindiran agar tidak mengecam penyanyi itu kerana bimbang akan mengalami kemurungan.

Tiada salahnya kalau hendak bergaya atau memakai cermin mata hitam, tapi biarlah kena pada tempatnya.


Jika di atas pentas tiada masalah, tetapi jika untuk program seperti ini bersedialah untuk dikecam oleh netizen.

Sumber: Rotikaya