“Now until forever, InsyaAllah” Zahirah Macwilson Bercinta Dengan Aiman Hakim Redza?

Kalau sebelum ini, pelakon cantik dikenali sebagai Zahirah MacWilson terhimpit kontroversi cinta bersama bekas teman lelakinya, Zul Ariffin.

Selain itu, ada pula yang mengaitkan dia sedang bercinta bersama seorang jejaka bernama Nik Iruwan.

“Kami tiada apa-apa hubungan. Saya hanya menganggapnya abang dan kawan. Saya tidak takut gosip hubungan dengannya kerana kami memang berkawan sahaja. Saya sebenarnya lebih suka lelaki tinggi lampai,” ujarnya menerusi laporan BH Online.

Menidakkan dakwaan tersebut, kini pula menerusi BH Online, Zahirah dikatakan sedang terpaut hati dengan seorang pelakon lelaki terkenal iaitu Aiman Hakim Ridza. Tambah pula, menurut sumber dikatakan Zahirah menunjukkan sikap mengambil berat terhadap pelakon itu.

 

Tidak hanya itu, dikhabarkan apabila Aiman turut memuat naik foto gambar makanan dalam Insta Story pula ramai yang meneka ia dihantar oleh Zahirah.

Walaubagaimanapun, perkembangan baru Zahirah kini dilihat sedang sibuk shooting filem action terbaru menerusi Instagramnya.