Akui Sedang Kenal Hati Budi Seseorang, Pendedahan Shuib Raih Perhatian Ramai

Kehilangan orang yang tersayang merupakan sesuatu perkara yang amat perit dalam hidup bahkan ia  juga memerlukan masa yang agak lama untuk proses penyembuhan.

Bagimanapun, yang pergi tetap pergi dan yang hidup perlu meneruskan kehidupan serta tabah menerima segala takdir Tuhan yang sudah pun tertulis.

Terdahulu, pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu ini sering dijodohkan oleh netizen dengan selebriti Wan Sharmila dan Zara Zya. Namun, Shuib menjelaskan hubungannya mereka hanya sekadar rakan industri.

Bagaimana pun, baru-baru ini Shuib membuat pengakuan dimana dia kini dalam proses mengenali hati budi seorang wanita untuk dijadikan teman hidup.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ecahwady, pelawak ini mendedahkan perkara tersebut semasa di temu bual bersama Melodi. Katanya, wanita tersebut merupakan dari golongan orang yang biasa-biasa sahaja. Shuib juga tidak mahu mengulas lanjut hal terperinci mengenai wanita tersebut.

Tambahnya lagi, soal jodoh dan perkahwinan adalah rahsia dari Tuhan dan dia mahu berdiam diri sahaja ketika ini.

“Secara jujurnya, saya ada mengenali hati seseorang, Insya-Allah. Saya tak berani nak komen bila akan berkahwin sebab jodoh, ajal dan pertemuan ini di tangan Tuhan. Saya takut betul nak bercakap mengenai ini (jodoh) sebenarnya.

“Kalau jodoh saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja,” katanya.

Walau bagaimanapun, wanita yang sedang dikenali itu merupakan pilihan dari ibunya sendiri dan bukan atas pilihan sendiri.

“Dia orang biasa-biasa sahaja. Dia pilihan ibu saya,” tambahnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga netizen menitipkan doa agar urusan Shuib dan keluarga dipermudahkan. Bukan itu sahaja, ada juga yang mempersoalkan tindakan Shuib yang ingin menggantikan ‘bidadari syurganya’.

Antara komen warga-warga netizen di laman TikTok:

“Kahwin lah demi anak anak”


“Perlu ke ganti kalo bidadari syurga da menanti? ”

“Patah tumbuh hilang berganti..Lumrah dah..”

“Harap harap shuib dpt jodoh yg baik & terbaik untuk anak-anaknya aamiin.”


“Hidup mesti diteruskan..bukan dia tak sayang arwah..”

Video yang tular di laman TikTok:

@ecahwady Pengakuan Shuib ❤️❤️❤️ #fyp #fypシ #artismalaysia🇲🇾 #melodi #shuib ♬ original sound – ecahwady