Pak Lah Hadir Ke MAHA 2022 Berkerusi Roda, Netizen Doakan Agar Terus Sihat

Kemeriahan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS Serdang, Selangor sememangnya tidak dapat dipertikaikan.

Acara yang berlangsung pada 4 Ogos sehingga 14 Ogos 2022 ini dihadiri pelbagai jabatan dari serata negeri berganding bahu memberikan ilmu dan menjual pelbagai hasil pertanian serta penternakan kepada pengunjung.

Pun begitu, apa yang mmebuatkan orang ramai terkejut adalah Expo tersebut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah.

Menerusi perkongsian yang dibuat laman Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar beliau meraih perhatian ramai apatah lagi bila tampil berkerusi roda.

Manakan tidak, setelah meletakkan jawatan, tiada khabar berita yang dapat kita dengar mengena beliau bahkan Pak Lah juga jarang terlibat dengan isu-isu politik yang saban hari ada sahaja cerita baru yang dapat memeningkan kepala.

Dapat juga kita lihat, Pak Lah ditemani oleh isterinya Tun Jeanne binti Abdullah Danker yang kelihatan bersemangat sewaktu dibawa ke Laman Agro-Food Ternakan di MAHA 2022.


Ada juga diantara pengunjung yang hadir sempat merakamkan Pak Lah daripada jarak yang jauh memandangkan ramai yang ingin mengetahui khabar terkini tentang Bapa Pembangunan Modal Insan itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mendoakan kesejahteraan beliau dan berharap agar dipanjangkan usianya.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan Pak Lah merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat walaupun sifatnya yang pendiam.

Tidak cukup dengan itu, warga maya juga terkejut melihat beliau yang kini berkerusi roda setelah lama tidak mendengar perkhabarannya.

Antara komen warga maya:

“Semoha Tun sihat walafiat..”

“PM yang berhati rakyat.. walaupun pendiam, beliau amat amik berat dengan rakyat..”


“Lama sangat menanti perkhabaran Tun.. rupa-rupanya tun sakit..”


Video yang tular di laman TikTok:

@dodoshellout #mantanpm ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar