[VIDEO] Pagar Rumah Roboh Dilanggar Pemandu Mabuk, Azad Jasmin ‘Mengamok’ Teruk

Sebelum ini tular satu video pelakon Azad Jasmin membuat kejutan khas buat isteri tersayang Eira Syazira.

Dalam video yang tular itu kelihatan Eira Syazira terkejut dan tidak menyangka suaminya akan membuat sebegitu untuknya.

Apa yang menariknya adalah Azad selama ini menyimpan rahsia sedang menyiapkan dekorasi rumah baru mereka tanpa pengetahuan isterinya.

Baru berbahagia di rumah baru, Azad sudah naik angin

Eira yang terkejut dan gembira dengan hadiah tersebut turut terharu kerana Azad menghias rumah mereka mengikut cita rasa isterinya.

Baru sahaja sebulan ‘berbahagia’ di rumah baharu, sudah ada yang tidak kena sampaikan Azad Jasmin terkejut dan naik angin apabila melihat tembok pagar rumahnya roboh.

Azad pegang kuali sambil tenung pagar rumah

Walaubagaimanapun, Eira telah memuat naik satu video di laman Instagram miliknya mengenai kejadian yang berlaku di rumahnya.

Malah dalam video yang dikongsikan pelakon itu, Azad turut memegang kuali dan kelihatan marah dengan keadaan tersebut.

Tembok rumah pelakon ini roboh dilanggar pemandu mabuk

Menerusi laman instagram, Eira Syazira memuat naik sebuah video berdurasi 1:23 minit memaparkan situasi terkini di halaman rumahnya.

Dalam video tersebut, kelihatan sebahagian tembok rumah pasangan pelakon ini roboh dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu mabuk pada malam tadi.

Tulis Eira di ruangan kapsyen, dia juga hairan dari mana datangnya ‘orang mabuk’ sedangkan negara kita sedang berdepan dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Cina mabuk punya pasal, periuk jadi mangsa

“Cina mabuk punya pasal, periuk she pula jadi mangsa. Persoalannya, musim-musim Covid ni pun sempat lagi layan mabuk ke bro.”

Sebaliknya, video ini menjadi hiburan pula apabila Pak Azad ke dapur dan mengambil periuk milik isterinya untuk memukul individu yang melanggar tembok pagar rumahnya itu.

Marah bertukar jadi ketawa dengan gelagat Azad

Setelah dihalang oleh isterinya, Pak Azad kemudian bermain badminton dengan anak sulung mereka dengan menggunakan periuk tersebut.

Tindakan Pak Azad itu secara tidak langsung membuatkan Eira Syazira ketawa dan terhibur dengan aksi suaminya yang spontan.

Netizen terhibur dengan gelagat pelakon itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga terhibur dengan aksi yang dilakukan oleh Azad Jasmin pada penghujung video.

BACA: [VIDEO] Tersilap Ukur Sempadan Tanah, Lelaki Ini Sanggup Pecahkan Dinding Pagar Cantik

Menurut mereka, video ini kelihatan serius pada permulaan tetapi menjadi kelakar dan mencuit hati pada pengakhiran video.