Kediaman yang selesa bukan sahaja mempunyai rumah yang diidamkan tetapi juga mempunyai kejiranan yang aman dan harmoni.

Kadang-kala kita bertuah mendapat jiran tetangga yang baik dan menyenangkan, namun begitu tidak semua dari kita mendapat nikmat tersebut.

Akan tetapi ada juga segelintir jiran yang mementingkan diri sendiri dan juga tidak bertimbang rasa terutama jika ia melibatkan semapadan tanah.

Ada jiran yang mengambil kesempatan kerana anggap ia perkara biasa

Ada pula jiran yang sengaja mengambil kesempatan sehingga membina kediaman atau pagar yang melebihi sempadan sendiri dan mengganggap ia hanya masalah kecil.

Walaupun hanya sedikit sahaja kediamannya yang memasuki kawasan jiran lain namun ia tetap dianggap tanah milik jiran sebelah walaupun ia bersaiz kecil.

Lelaki ini berlapang dada terima teguran jirannya

Namun begitu, lain pula dengan pendirian seorang lelaki ini yang menerima aduan jirannya dengan lapang hati.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, pengguna bernama Hayat Muhamad berkongsi kisahnya bersama pengikutnya.

Sanggup pecah pagar batu kerana termasuk kawasan jiran

Dalam video berkenaan memaparkan dai memberikan arahan kepada salah seorang petukang untuk memecahkan semula tembok atau pagar batu yang telah siap dibina.

Ini kerana menurutnya, pagar batu termasuk ke dalam sempadan tanah jirannya dan beliau membuat keputusan untuk merobohkannya.

Walaupun dia akan mengalami kerugian yang besar dengan melaksanakan tindakan tersebut namun baginya apa yang lebih penting adalah keberkatan mengenai sesuatu perkara.

Rugi tak apa yang penting akhirat selamat

Dia tidak mahu hanya kerana pagar batunya masuk ke dalam kawasan tanah yang dimiliki olehnya bakal menjadikan dia susah di kemudian hari.

Jelasnya apa yang menjadi keutamaan pada dirinya adalah urusan halal dan haram selain turut menghormati hak jirannya itu.

Tindakan lelaki ini mendapat pujian netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang dilakukan olehnya itu.

Malah mereka turut memberikan pujian kepadanya kerana sedar akan kesan jangka masa panjang di kemudian hari. Malah ia juga menjadi pengajaran kepada orang lain.

@hayatmuhamad83♬ original sound – Queeń Fíza Bah Nie –

Perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu telah meraih hampir 350,000 tontonan setakat ini.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.