Selamba Kemas Bonet Di ‘Pump’ Petrol, Tindakan ‘Selfish’ Lelaki Ini Undang Kecaman

Kebanyakkan masyarakat kini lebih mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan orang lain. Manakan tidak, ada sahaja situasi pelik seperti double park dengan tidak meninggalkan nombor telefon dan menarik brek tangan.

Sama juga dengan kisah yang tukar baru-baru ini dimana seorang lelaki di sebuah stesen minyak selamba mengemas bonet kereta mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook iaitu Mohd Hafiz Azizan, difahamkan lelaki itu baru selesai mengisi minyak keretanya namun tiba-tiba dia dilihat mengemas bonet kereta tanpa memikirkan orang lain.

Bukan itu sahaja, pam minyak juga menjadi sesak dek kerana orang yang ingin turut mengisi minyak perlu beratur menunggunya yang mengemas bonet kereta.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang langsung tidak memikirkan orang lain dan mementingkan diri sendiri.

“Kesian kepada orang belakang, masing-masing nak cepat. Petrol pump ialah tempat isi minyak bukan tempat kemas bonet.”- Netizen

Bukan itu sahaja, malah netizen juga tidak boleh bayangkan jika ada yang sememangnya mempunyai urusan penting namun perlu menunggu lelaki tersebut mengemas bonet.

Antara komen warga maya:

“orang macam ni paut di tegur atau pergi kat kaunter biar pekerja dia tegur cara baik tolong jangan lama orang belakang dah lama tunggu”

“terbaik bro, banyakkan bersabar serta tahniah tidak mengaibkan individu terbabit.. video ni aku faham dengan jelas hanya sebagai peringatan untuk orang ramai tentang keperluan keprihatinan serta menghormati masa orang lain”


“pehh gila la perangai.. kalau aku tu bukak tingkap memang cakap bang susun bonet saya sekali..”

“kenapa ada manusia yang otak akal dia separuh dekat lutut.. takkan dia tak terpikir dan rasa bersalah bila melihat orang menunggu panjang.. terutama yang nak keluar parkir..”

\

Video tular di laman Facebook: