Graduan Buka Langkah Silat, Aksi Naib Canselor ‘Sporting’ Tengok Pelajar ‘Naik Sheikh’ Buat Ramai Kagum

Majlis Konvokesyen merupakan satu hari kebesaran untuk graduan, kerana ia membawa maksud graduan sudah berjaya menamatkan pengajian.

Manakan tidak, setelah berhempas pulas berdepan dengan cabaran belajar demi meraih keputusan yang membanggakan, inilah masa yang sangat dinantikan buat setiap pelajar.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang graduan dilihat seperti ‘naik sheikh’ apabila membuka langkah silat di hadapan naib canselor mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @TeacherHadi, seorang graduan Universiti Selangor (UNISEL) mencuri tumpuan ramai apabila menunjukkan kemahiran bersilat ketika mengambil sijil diploma miliknya.

Graduan yang dikenali sebagai Muhammad Zairul Izzwan itu menjadi individu terakhir yang menerima sijil pada hari tersebut, membolehkannya melakukan ‘persembahan penutup’ dengan penuh bergaya.

Tidak cukup dengan itu, aksi graduan dalam jurusan Diploma Komunikasi dan Media itu turut disambut baik oleh Naib Canselor dan semua tetamu kehormat.

“aku jeke meremang bulu roma tgok dia plus admin guna sound ni..last dia angkt scroll tu pehhh..kene betul dgn lagu..”- Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata/rata warga netizen memuji sikap sporting semua yang ada di dalam majlis Istiadat Konvokesyen tersebut termasuklah Naib Canselor.

Antara komen warga maya:

“seorang yang berilmu berseni beradab”

“inilah budaya dan adat kita orang melayu, hormat, ada pembuka dan penutup kata”


“bagus sebab berani.. tapi tak boleh diamalkan ramai2 nanti sampai malam pun tak habis majlis konvo”

“terbaiklah anak muda kerana berjaya dalam pelajaran begitu juga ilmu persilatan melayu masih bertapak di hati”

Video yang tular di laman TikTok:

@swimiss.academy Naik Syeikh baiii.. ha ha ha #uniselawesome #uniseltiktokchallenge2022 ♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

@fels.unisel Kasik chance sebab dia penutup😁 #uniselawesome #uniselconvocation15 ♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir