“Organ limpa hancurr” Pelajar Tahfiz Terbaring Lemah di Hari Lahir Dibelas*h Senior

Malang bagi seorang pelajar tahfiz apabila telah disahkan oleh doktor hatinya cedera serta organ limpa hancur.

Menurut abang mangsa, Azrul Fikri memberitahu, adiknya Afiq Fikri telah dibelasah oleh lime hingga tujuh orang pelajar senior tahfiz.

Organ hati cedera, limpa hancur

Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah pusat tahfiz di Tanjung Karang.

“Assalamualaikum, adik saya Afiq Fikri, hari ni hari jadinya (11/3), seorang pelajar tahfiz di salah sebuah Pusat tahfiz di tanjung karang, telah dibuli & dipukul oleh pelajar tahfiz lain, dan telah mengakibatkan organ hati nya cedera serta organ limpa hancur,”

Limpa mungkin dibuang

Malah menurutnya lagi, doktor juga memberitahu berkemungkinan organ limpa adiknya terpaksa dibuang dan akan menjejaskan sistem imunisasi badan.

“Ketika di zon merah, doktor memberitahu kemungkinan organ limpa akan dibuang dan akan menyebabkan sistem imunisasi badan tidak akan berfungsi (mudah terkena penyakit),”

Hempas badan ke lantai

Tambahnya lagi, adiknya telah dipukul oleh lima hingga tujuh orang pelajar senior di pusat tahfiz berkenaan.

“Afiq berkata pada saya yang dia telah dipukul lebih kurang 5 hingga 7 orang. Ketika badannya mulai lemah, mereka mengangkat Afiq dan hempas ke lantai.”

CCTV rosak

Malah, apabila pihak keluarganya meminta rakaman CCTV, pihak tahfiz menyatakan CCTV mereka sudah rosak.

“Pihak keluarga telah meminta rakaman cctv, tetapi pihak tahfiz mengatakan yang cctv mereka rosak, report polis telah dibuat. Mohon bantuan rakan rakan , supaya doakan Afiq sembuh seperti sedia kala. Amin”

Tiga lagi mangsa

Lebih mengejutkan, Azrul memberitahu rupa-rupanya bukan Afiq seorang menjadi mangsa tetapi tiga orang lagi rakannya turut dipukul tetapi tidak seteruk Afiq.

“Bukan Afiq sahaja yang di pukul, ada lagi 3 orang rakan afiq, turut sama di pukul, cuma kecederaan pada Afiq sangat teruk sehingga di tahan wad, yang bertanya siapa yang memukul, ada gambar mereka di bawah, mereka pelajar senior tahfiz tersebut, saya mengucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan dan beri kata kata semangat pada Afiq.”

Keluarga minta tarik balik laporan polis

Menerusi kemaskini terbaru, Azrul memaklumkan kesemua suspek telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut.

Malah, menurutnya lagi, ibu bapa suspek meminta keluarganya untuk menarik balik laporan polis.

“Tujuh pelajar terbabit telah di tangkap dan di bawa ke ipd Selangor. Penjaga/ibu bapa pelajar terbabit memohon keluarga kami untuk menarik report, pihak keluarga kami menolak.”