[VIDEO] Baru 4 Bulan Bergelar Suami, Isteri Tersayang Tiba-tiba ‘Pergi’ Bersama Anak Pertama

Setiap pasangan yang bercinta pastinya mahu hubungan tersebut melangkah ke alam perkahwinan.

Tidak dapat digambarkan kegembiraan apabila disatukan dengan kekasih pilihan hati dalam ikatan yang sah sebagai suami dan isteri.

Pasti setiap pasangan yang berkahwin mengharapkan kebahagian mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Diuji dengan kehilangan isteri 

Namun, sebagai seorang manusia kita tidak lari dari ketentuan yang telah ditetapkan daripada Allah S.W.T.

Ada pasangan yang diuji dengan dugaan yang berat dengan kehilangan orang tersayang tanpa dijangka.

Ketika orang lain bahagia mengecap kebahagiaan dalam rumahtangga, seorang lelaki ini diuji dengan pemergian isteri tercinta ketika masih baru dalam perkahwinan.

Hanya seketika sempat bergelar suami

Satu perkongsian yang dimuat naik seorang pengguna Twitter yang mahu dikenali sebagai Muhammad Syahir telah memuat naik satu video yang menyentuh hati.

Syahir telah memuat naik video perjalanan hidupnya bersama isteri sejak dari perkenalan sehingga melangkah ke alam perkahwinan.

 Namun begitu, isterinya telah menghembuskan nafas terakhir ketika usia perkahwinan mereka baru sahaja mencecah 4 bulan.

Anak dalam kandungan juga turut pergi 

Lebih memilukan, apabila isterinya telah hamil tetapi bayi dalam kandungan tidak dapat diselamatkan kerana masih diawal kandungan.

Selain itu, Syahir memberitahu bahawa allahyarham isterinya telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 5 Mac yang lepas.

“Arwah isteri terkena jangkitan kuman pd Tonsil , Paru2 & disahkan mengidap Cancer Darah/Leukaemia”.

“Dalam pada masa yg sama arwah mengandung 15minggu. Doakan arwah isteri & anak saya ya. terima kasih sahabat , moga allah tunaikan segala doa2 anda semua. Alfatihah”.

Difahamkan isterinya mengalami jangkitan kuman pada tonsil serta menghidap kanser darah.

Anak dalam kandungan isterinya juga tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia sehari sebelum allahyarham isteri Syahir meninggal dunia

Takziah untuk Syahir dan keluarga 

Perkongsian yang menyentuh hati itu turut mendapat perhatian netizen dan rata-rata meninggalkan ucapan takziah buatnya.

Semoga Syahir dan keluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan hebat daripada Allah S.W.T. Semoga isteri dan anaknya ditempatkan di syurga.