Lima Hari Hilang, Isteri Sarat Mengandung Terima Dugaan Jasad Suami Dijumpai Di Lereng Bukit

Lima hari pihak keluarga mencari seorang lelaki yang dikatakan hilang, namun berita memilukan diterima apabila dimaklum bahawa lelaki itu sebenarnya sudah meninggal dunia. Difahamkan, lelaki berkenaan dikenali sebagai Muhammad Izzudin Israfil, berusia 30 tahun, telah terlibat dalam kemalangan dan dipercayai di tempat kejadian. Berdasarkan laporan pihak polis, kira-kira pukul 8.15 malam dimaklumkan berlaku satu kemalangan [...]

Misteri kehilangan seorang lelaki selama lima hari akhirnya terjawab apabila satu berita memilukan diterima memaklumkan bahawa lelaki itu sebenarnya sudah meninggal dunia.

Llaki berkenaan yang dikenali sebagai Muhammad Izzudin Israfil, berusia 30 tahun, telah terlibat dalam satu kemalangan dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

Pihak polis berkata, kira-kira pukul 8.15 malam mereka dimaklumkan berlaku satu kemalangan maut apabila ada orang awam menemui sebuah kereta Proton Persona yang tersadai di lereng bukit.

Kereta tersebut ditemui di lereng bukit dalam jarak kira-kira 20 meter dari jalan besar bersama jasad tersepit di bawah kenderaan dengan masih berpakaian lengkap.

Lebih memilukan, mayat mangsa juga dikatakan sudah mula mereput dan berbau ketika ditemui kerana sudah berada di situ beberapa hari dengan kecedraan parah di badan dan kepala.

“Kejadian juga dipercayai berlaku beberapa hari berikutan keadaan mayat mangsa yang berbau serta mereput.”

“Mayat yang mula mereput itu ditemui dengan kecedraan parah di badan dan kepala. Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Mersing bagi bedah siasat dan Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, mangsa yang tinggal di Taman Sri Puteri Mersing yang dilaporkan hilang di Balai Polis Ulu Tiram sejak 7 Mac lalu. Semoga pihak keluarga tabah menerima berita duka ini.

Menurut perkongsian dari Facebook Orang Kota Tinggi, mangsa telah meninggalkan seorang balu yang sedang sarat mengandung.

“Misteri Kehilangan Muhammad Izuddin bin Israfil yang hilang selama 5 hari sudah pun terjawab. Kereta beliau terbabas di jalan Kota Tinggi Mersing Sebelum JPJ Jemaluang.

“Beliau di jumpai telah meninggal dunia. Salam Ta’ziah buat isteri beliau yang sedang sarat mengandung semoga tabah.

“Inanillahi Woinaa Illirajihun”


Semoga Allahyarham ditempatkan bersama golongan beriman dan beramal soleh.