“Orang Melaka Memang Unik” Netizen Berdekah Tengok Road Tax Kereta Ini

Mana-mana pemandu kereta yang bergelar pemandu memang sudah cukup tahu tentang peraturan mempamer cukai jalan atau road tax di cermin kereta.

Ini bagi memudahkan pihak berkuasa seperti polis memeriksa tarikh tamat tempoh road tax seseorang pemandu itu.

Bercakap pasal road tax, baru-baru ini kecoh di platform TikTok di mana seorang pemandu kereta Perodua Viva ditemui ‘melanggar hukum’ menampal road tax!

Ianya dikatakan sedemikian kerana pemandu kereta tersebut dilihat menampal road tax di cermin belakang kereta!

Situasi kelakar itu sempat dirakam oleh seorang pemuda bernama Thaqeeb Iqbal. Dalam video yang dikongsi, Thaqeeb dilihat berada di dalam kereta bersama rakannya dan kereta tersebut di hadapan mereka.

Thaqeeb dan rakannya turut hairan dan geleng kepala dengan tindakan luar biasa pemandu di hadapan mereka itu.

Dia juga sempat menasihati pemandu itu agar menampal road tax di cermin hadapan dalam nada marah, membuatkan ramai berdekah!

Sejak video ini dikongsi pada dua hari lalu, ianya tular dengan mendapat jumlah tontonan sebanyak 293.1 ribu dan 30.8 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@thaqeebiqbal🤧maaf bang ehhh♬ original sound – thaqeebiqbal

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat pemandu yang menampal road tax di cermin belakang kereta itu. Mungkin sebab baru first time nampak.

Tak kurang ramai juga yang berdekah melihat kemarahan lelaki itu seolah-olah tidak puas hati dengan tindakan pemandu kereta Viva di hadapannya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“WEH APA NI HAHAHAHAHA”

“HAHAHAHAHA SABAR BANG SABAR MAYBE DIA MEMANG NAK TUNJUK DEKAT BANG 😂”

“weyhhhhhhh 😂😂😂😂😂 aku syak dia bawa kereta terbalik tu yang tampal belakang 😂😂😂”


“tu marah banggg😂”

““ bulan2 puasa buat aku hilang sabar “ HAHAHHAHAHHAA”

“MALU ORANG MELAKA WO 😭🤣”

“Hahahhahahaha 😂😂 abg ja lahh tgok dah abg yg nampk 😅😂”

“HAAHAHAHAHA ABG POLIS PN GELAK NK CRI”

“HAHAHAH jangan la gituuuu. Lain kali high beam sekali kasi orang depan perasan teguran abang”

“Orang melaka memang unikl”