Scan Bilik Arwah Nenek Guna Filter Anime ‘Viral’, Sekali Hasilnya Buat Ramai Meremang!

Bila buka sahaja applikasi TikTok, pasti ramai yang membuat video menggunakan filter yang tengah trending pada masa kini iaitu Filter Anime. Filter ini boleh mengimbas muka atau keadaan sekeliling untuk dijadikan seperti kartun Anime yang popular di Jepun.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita cuba mengimbas bilik di rumahnya namun lain pula yang jadi mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok iaitu @xxdien_, dia sengaja scan bilik arwah neneknya dengan menggunakan filter viral berkenaan.

Namun siapa sangka, dia terkejut apabila hasil daripada imbasan filter itu kelihatan ada seorang figura nenek dalam bentuk Anime di bilik arwah neneknya walaupun sebenarnya dia telah lama meninggal.

Dia akui terkejut melihat result filter tersebut namun tidak pasti ianya hanya kebetulan sahaja ataupun sebaliknya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen seram melihat video tersebut kerana fikter tersebut seolah-olah tahu itu merupakan bilik seorang nenek.


“Nasib baik dia tunjuk version anime. Kalau version real, aku lari dulu” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan itu hanyalah kebetulan sahaja akan tetapi resultnya tetap membuatkan ramai meremang!

Antara komen warga maya:

“Saya rasa dia rindu wak tu hehehe”

“Sebelum kamu tekan filter tu kan, aku memang dah nampak seperti ada bayangan yang berdiri depan pintu tu..”


“Nah ambik kau”

“Kenapa animenya nenek jugak”

“Entah kebetulan atau macam mana, aku pun pakai filter ni dekat bilik ibu aku yang dah meninggal 12 tahun lalu.. aku pakai filter ini dekat bilik kosong tu, ada sosok wanita”

“Sumpah meremang”

“Biasanya gadia cantik, tapi kenapa nenek2”


Video yang tular di laman TikTok:\

@xxdien_ Kaget 😭 #JadiAnime ♬ たぶん – YOASOBI

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 8.9M tontonan, 485.1K tanda suka, 2734 komen, 18.6K simpanan, 2303 perkongsian di applikasi TikTok