“There Is Only You And Me” Aiman Hakim bercinta dengan Zahirah Macwilson?

Gambar yang dimuat naik oleh pelakon Aiman Hakim Ridza di laman Instagram malam tadi menarik perhatian peminat.

Berkongsi gambarnya bersama aktres Zahirah Macwilson, kapsyen yang ditulis oleh Aiman seperti memberi gambaran mereka kini sedang menjalin hubungan istimewa.

“Numbers start with 123, music start with Do-Re-Mi. Letters start with A and end with Z.

“The fact is there is only you and me,” tulis Aiman.

Di ruangan kapsyen, Aiman turut menyertakan hashtag #ZahirAH yang merupakan gabungan nama mereka berdua, Zahirah dan Aiman Hakim.

Di ruangan komen, ramai yang beranggapan mereka sedang menjalin hubungan cinta berdasarkan foto mesra dan kapsyen yang ditulis.

Zahirah juga memuatnaik gambar bersama Aiman Hakim Ridza dengan kapsyen “Now until forever, InsyaAllah”

Netizen juga beranggapan yang Aiman dan Zahirah secocok untuk menjalinkan hubungan, sama cantik, sama padan!

Apabila Aiman memuat naik gambar makanan menerusi ruangan Instagram Stories miliknya, yang kononnya dihantar seseorang, ramai meneka tentulah Zahirah yang berbuat demikian.

Sebelum ini, Aiman pernah bergandingan dengan Zahirah dalam drama bersiri Demi Cinta Ain pada 2016 tetapi bukanlah sebagai hero dan heroin.