“Now dah famous,” Tular Cuci Ikan Guna Berus Gigi, Gadis Ini Tak Peduli Dianggap Pengotor

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk membersihkan ikan, ayam, udang dan lain-lain. Sebenarnya, mana-mana cara pun boleh diikut asalkan ianya bersih dan tidak memudaratkan.

Brau-baru ini seorang wanita menjadi perhatian ramai gara-gara mencuci perut ikan menggunakan berus gigi.

Ekoran itu, wanita yang lebih dikenali sebagai Syifa’ Che Wang Hanafiah @ Jamil menerima pelbagai permintaan untuk menghasilkan lebih banyak video menyiang ikan dan menjadikan dia sebagai tempat rujukan pengikutnya.


Bukan sahaja ianya menambah pengetahun kaum hawa namun secara tidak langsung dapat membantu golongan lelaki untuk menyiang pelbagai jenis ikan.

Siapa sangka, kini dia memiliki hampir setengah juta pengikut walaupun pernah dikecam kerana mencuci perut ikan menggunakan berus gigi.

Memetik laporan mStar, wanita ini menjadikan perkara tersebut sebagai pembakar semangat serta mengendahkan segala kecaman dan terus membuat content di applikasi TikTok sehingga berjaya menjana pendapatan.

“Masa kena kecam memang ada rasa down sampai nak padam akaun TikTok sebab ada kata saya pengotor sebab pakai berus gigi dan sebagainya.

“Tapi saya tetap teruskan sebab dalam yang tidak suka, ada yang mendapat manfaat daripada perkongsian itu,” katanya

“Saya tidak terfikir sebab nak popular tetapi apabila membaca komen pengikut Che Nom yang mendoakannya agar sentiasa dimurahkan rezeki sebab berkongsi ilmu, saya jadi terinspirasi dan ingin mengikut jejak langkahnya,” ujarnya lagi.

Ibu terlantar sakit

Siapa sangka, dalam kegembiraandan kejayaan wanita hebat ini, sebenarnya tersembunyi pelbagai kesedihan termasuk ibu tersayang berusia 70 tahun ini terlantar sakit akibat penyakit osteoarthritis dan memerlukan bantuan untuk menguruskan diri termasuk menyuap makanan.

“Ada hikmah saya belajar secara dalam talian di rumah kerana saya dapat menjaga ibu yang sakit dan memberi perhatian penuh kepadanya apatah lagi adik-beradik lain ramai yang duduk jauh.

“Dalam tempoh PKP ini juga saya turut berfikir cara untuk menambah pendapatan keluarga dan Alhamdulillah video yang tular telah membuka ruang kepada saya untuk mencari rezeki,” jelasnya yang juga penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak.

Rezeki tidak pernah salah alamat, namun wanita berusia 25 tahun ini bagaimana pun bersyukur kerana perkongsiannya mendapat perhatian ramai sehingga meraih 100,000 pengikut baharu hanya dalam tempoh sebulan.

Dia mula jana pendapatan apabila adanya pelbagai tawaran untuk membuat reviu daripada jenama-jenama besar.

“Pada mulanya saya tidak berani untuk terima tawaran tersebut tetapi bila fikir balik, saya memerlukan wang untuk kelangsungan hidup dan menanggung kos pembelajaran.”

“Saya anggap ia sebagai rezeki dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan dapat menampung kos perubatan dan keperluan ibu saya,” katanya.

“Saya memang suka memasak tapi biasanya saya hanya akan kongsi di Instastory sebab kualiti video pun biasa sahaja. Bila saya tengok balik pun macam tak sangka jauh beza video dahulu dan sekarang.”

“Tapi masa tu sebab saya memang minat memasak jadi saya kongsi untuk bagi kawan-kawan tengok. Masa tu pengikut di Instagram pun tak ramai,” katanya.


Dia juga memaklumkan bahwa sebelum ini, rakan-rakannya mencadangkan untuk membuat akaun Youtube bagi mengembangkan lagi bakatnya dalam memberkan ilmu dan tips masakan.

Namun disebabkan dia sibuk dengan pengajian secara dalam talian dan menjaga ibunya yang sedang sakit, dia memilih TikTok sebagai medium berkongsi video kerana ia tidak mengambil masa yang panjang seperti content di YouTube.

“Tujuan saya buat content ni bukan nak kejar populariti. Tapi lebih kepada mahukan doa yang baik-baik dari semua yang menonton video-video saya.”

“Bagi saya apa yang penting jadi diri sendiri serta tidak takut mencuba sesuatu yang baharu,” ujarnya.

Video yang tular di laman Tiktok:

@syifajamill Sebab @syarsdni pernah mintak tutorial siang ikan so kita bagi 😂 #easyrecipe #resipitiktok #racunintiktok ♬ original sound – Ceo of Masak KalutKalut – Cifa Masak Kalut Kalut