Baru Je Pagi Akad Nikah, Malam Pengantin Lelaki Dah Merengek-rengek Kerana Mahukan Abahnya

Anak-anak sudah pastinya manja dengan ibu bapa mereka. Mana tak nya, ibu bapalah yang membesarkan anak-anak di depan mata mereka sehingga anak-anak menginjak dewasa.

Mereka juga sentiasa berada dekat dengan kita, menolong kita dan sebagainya. Jadi tak hairanlah kita akan berasa kekosongan jika berpisah dengan ibu bapa.

Tular baru-baru ini dimana seorang suami atau tuan kepada nama Ahmad Khair Irfan Ahmad Sirajuddin telah merengek mencari abahnya setelah tak sampai sehari dia berpisah dengan bapanya itu.

Momen tersebut sempat dirakam oleh isterinya atau dikenali sebagai Noor Aimi Mohd Yusuff. Aimi atau lebih mesra disapa Amy berkata, mereka baru sahaja diijab kabulkan pada pagi hari kejadian tersebut namun tak sampai sehari suaminya itu seperti orang hilang arah dek kerana rindu dengan abahnya.

“Pagi akad nikah, malam cari abah dia.. dia sedih berpisah dengan family.. drama kalahkan perempuan” tulis Amy dalam sebuah video TikTok yang dimuat naiknya.

Amy, berumur 25 tahun yang juga seorang usahawan mengakui bahawa suaminya itu memang rapat dengan keluarganya. Sebab itulah dia merengek-rengek pada waktu malam nakkan ibu dan abahnya.

“Video tu masa hari nikah, masa tu kami baru selesai majlis jadi balik ke rumah mak Amy untuk rehat semua nampak happy je, take la kita nak sangka dia nak parents dia.”

“Dia cakap “nak abah ibu”, dia sedih berpisah dengan famili, yang ni memang drama sangat sebab takde langsung berpisah.”

“Masa tu nak masuk bilik kebetulan Amy pegang telefon, jadi Amy cepat-cepat rekod lepas tu hantar dekat Abah dia,” ulas Amy yang kini menetap bersama suami di Ipoh, Perak.

Yang lebih mencuit hati ramai adalah apabila Amy sempat memberitahu dalam videonya itu bahawa rumah mereka menetap dengan rumah ibu abah suaminya itu tidaklah jauh mana. Tak tahu mengapa suaminya itu seolah-olah terlalu sedih bila tiada dengan keluarganya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AMY YUSUFF (@amyyusuff)

“Nikah pagi tu dah jumpa parents dia, lepas tu kami ada singgah rumah parents dia juga untuk hantar barang sebelum balik rumah keluarga Amy, rumah kami tak sama taman tapi Ipoh ni jarang jem jadi dalam 15 ke 25 minit je.”

“Dia anak ke tiga dari lapan beradik, macam saya anak bongsu jadi selama ni saya memang dimanjakan mak, kakak dan abang, tapi dia rupanya lebih manja mengalahkan perempuan.”

“Itulah orang cakap selagi tak kahwin, tak tahu kan, selama ni ingat kita dah over manja, tapi laki lagi manja rupanya,” ulas Amy lagi yang telah bernikah dengan suaminya pada 10 Disember lalu.

Pun sifat suaminya begitu, Amy mengaku kerana sifat penyayang kepada keluarganya itulah yang membuatkan Amy tertambat hati kepada suaminya, Irfan yang juga berusia 25 tahun.

“Pada Amy tak jadi masalah pun (suami manja dengan keluarga) sebab masing-masing dekat jadi tak susah nak berulang dan luangkan masa.”

“Amy sebagai isteri gembira sangat suami ada hubungan yang sangat baik dengan keluarga, bila dah kahwin ni keluarga Amy pun asyik lebihkan dia je.”

“Dua-dua memang jenis manja dengan keluarga jadi kami memang faham perasaan tu,” kata Amy lagi.

Video yang tular di laman TikTok

@amyyusuffpatut suruh abah buat rumah baru besar besar,nak balik selalu senang,org kata perempuan drama, ni fakta lelaki drama lebih 😭😂 ##throwback ##suami♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle