“Normal ke?” Dedah Gaji Cuma RM450 Sebulan, Guru ‘Tadika Islamic’ Buat Ramai Terkejut

Pastinya ada diantara kita yang dahulunya bercita-cita untuk menjadi pendidik ataupun sedang menjadi guru bukan? bahkan ramai yang menganggap semua guru mempunyai gaji yang selesa.

Pun begitu baru-baru ni seorang pengacara terkenal iaitu Fedtri Yahya telah memuat naik satu ciapan di laman Twitter miliknya yang memaparkan gambar tangkap layar pendedahan daripada seorang guru tadika mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita itu telah bertanyakan sama ada jika ianya masih normal jika dia masih bergaji RM450 sebulan dalam ekonomi yang semakin meningkat ini.

Malah, dia turut memaklumkan bahawa dia telah bekerja sebagai seorang guru tadika di sebuah tadika Islamic namun enggan menyatakan nama tadika tersebut.

Lebih membuatkan orang ramai terkejut adalah wanita ini perlu bekerja dari pukul 7.30 pagi ke 1 tengah hari dengan 19 orang pelajar dengan target yang tinggi untuk akademik, menghafal surah dan hadis.

“Saya bukan bersuara untuk diri saya seorang.. kebanyakan rakan kerja pun memang cakap benda yang sama.”

Dia juga turut mendedahkan bahawa rakannya yang sudahpun bekerja hampir 10 tahun namun masih bergaji RM 500 sahaja bahkan tidak berani bersuara dan hanya mampu diam sahaja apabila bercakap soal gaji.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap majikan dan meminta wanita ini serta rakannya melaporkan perkara tersebut kepada pejabat buruh.

Antara komen warga maya:


Perkongsian yang tular: