Guna Laluan Tol Sehingga Ganggu Pemandu Lori, Geng Motorsikal Teruk Dikecam Netizen

Di Malaysia, bukan sahaja kita ‘famous’ dengan pengguna kereta ‘cucuk’ rapat belakang sebab enggan bayar tol, tapi ada juga penunggang motorsikal yang degil dan tidak mahu menggunakan jalan motorsikal yang telah disediakan.

Merupakan kelebihan di negara kita, penunggang motorsikal tidak perlu membayar perkhidmatan tol seperti kenderaan bertayar empat yang lain namun ada segelintir masyarakat mengambil kesempatan dengan menyelit di laluan utama tol sehingga ada kereta yang dihempap palang tol.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpulan ‘geng motosikal’ dirakam telah menggunakan lorong bertol khas untuk kenderaan berat mengundang kecaman ramai.

Menerusi video tersebut, sebanyak 26 buah motosikal mengambil kesempatan dengan melalui sebelah kenderaan berat yang merakam kejadian itu untuk melepasi palang tol tersebut.

hal itu membuatkan pemandu muatan berat tersebut teragak-agak untuk meneruskan perjalanan apabila melihat motosikal yang bertali-arus memotongnya dari tepi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir penunggang motorsikal yang tidak menggunakan laluan yang betul semasa di tol bahkan menyusahkan ramai pihak.

Netizen juga berharap agar penunggang motorsikal menggunakan laluan bertol agar tiada sebarang kemalagan yang tidak diingini berlaku.

Berikut merupakan komen warga maya:

“apa masalah dengan motor? kalau tersepit bawah tayar lori, apa pun tak dapat”

“kesian tiang tol tu kena tunduk hormat banyak kali dekat beruk”


“laluan motor situ bahaya sangat kalau malam, siang2 okay lagi”

Video yang tular di laman Facebook: