[VIDEO] “Ingatkan IG kena hack, tapi LULUH HATI KU Non” Mila Jirin Minta Nonny Nadirah Jangan Sia-siakan Hidayah Allah

Satu gambar yang dimuat naik selebriti, Nonny Nadirah menimbulkan persolan mengenai penampilan terbaharu dirinya.

Menerusi video berdurasi 38 saat itu memaparkan seorang wanita berbaju putih dengan mengenakan stokin jaring. Namun wajahnya ditutup dengan alat pelindung muka.

Hantaran itu turut disertakan dengan keterangan gambar berbunyi ‘It’s good to be back’ (bagus untuk kembali).

Malah, berdasarkan tinjauan di akaun Instagram yang mempunyai 483,000 pengikut itu, dia sudah memadam semua hantaran sebelum ini.

Sementara itu di Instagram Story pula, Nonny memuat naik video sama.

Terdahulu, Nonny, 32, atau sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin tampil bertudung sejak pulang daripada mengerjakan umrah pada Januari 2019.

Dalam satu laporan temubual sebelum ini, Nonny diminta pandangannya mengenai segelintir golongan artis yang kembali membuka hijab selepas bertudung.

“Pada saya, ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita adalah berbeza. Allah pula menghadirkan ujian kerana Dia menyayangi hamba-Nya. Tuhan juga takkan menduga seseorang manusia dengan ujian di luar kemampuannya. Jika boleh dihadapi ujian itu, insya-Allah perkara lebih besar dan baik akan diberikan kepada kita.

“Kita juga perlu sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Saya, umpamanya, mengajar diri untuk terlebih dahulu mencari salah sendiri daripada sibuk memperkatakan kesilapan orang lain.

“Cari persekitaran yang baik, insya-Allah kita juga akan menjadi orang yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Mila Jirin berkongsi semula video bersama Nonny semasa di Makkah.

“Nonny Nadirah, ingat tak waktu kita di Makkah dan Madinah??? Nurkilan buat sahabatku NONNY NADIRAH

“Non, mu adalah seorang yang sangat baik! Bila berpeluang rapat dengan mu (sangat sangat rapat) hingga kita ke Makkah Madinah sama sama tunaikan umrah.

“Mu peluk ku dan menangis waktu kita habis ibadah umrah waktu kita sama sama atas bukit Marwah. Mu peluk aku kuat kuat dan nangis sambil mu ucapkan terima kasih bawa mu ke tanah suci..

“Dekat atas bukit Marwah tu ku cakap pada mu, Allah yang jemput mu kesini, terima kasih pada Allah…Ku puji mu nampak cantik bertudung, ku mohon pada Allah disitu juga agar mu kekal bertudung…

“Alhamdulillah bila mu buat keputusan nak berhijrah selepas pulang dari umrah ku antara hamba Allah yang palinghg seronok…

“Tapi non, semalam aku menggigil lihat IG mu…Ku call mu, Alhamdulillah dapat bercakap dengan mu sekejap, ku sangat sedih non….

“?Sedih kenapa ku tak boleh ada tepi mu untuk dengar semua keluh kesah mu. Non, ku mohon jangan buat perkara perkara yang bercanggah dari perintah Allah..

“Non ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah..Non ku mohon, lawan godaan syaitan! Ramai sayang mu non!

“Lepas cakap dengan mu, @nurhelizahelmi call ku, kami berdua sangat sedih non! jika mu sangat sayang persahabatan kita, non tolong! ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dah Allah hadiahkan buat mu.

“Non semalam, tatkala @bismie_amer whatsapp dan screenshort posting IG mu yang terbaru, ku 100% percaya itu bukan mu!

“Ku cakap pada diri ku..IG mu kena hack ni…tapi non…LULUH HATI KU NON…Sedih sangat sedih…Ku rasa macam nak ke sabah semalam jugak jumpa mu teman dengar apa masalah mu sebab ku tau, mu sangat baik! anak yang baik!

“Non ku tau mu pasti baca posting ku ini… non ingat REZEKI MILIK ALLAH. usaha ikhtiar lah cara apa juga selagi mana ianya halal dan mendapat keberkatan.

“Allah sedang uji mu wahai sahabat! sebab Allah sayang, plese kuat non!! jangan terpedaya dengan syaitan.

“Terakhir kali, ku mohon non…dengan sepenuh hati, jangan lah mu berubah kepada kehidupan yang lagha dan penuh sia sia… Ramai yang sayang mu non…Allah sayang mu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)