[VIDEO] “Allah dah tutup aib cantik2, korang keluar juga video berkemban” Noorkhiriah Rayu Supaya TikTokers Padam Semuanya..

Nama Noorkhiriah bukanlah asing lagi dalam industri perfileman negaran. Beliau antara barisan pelakon yang berbakat dan dapat membawa watak yang diberi dengan baik sekali.

Nama sebenar beliau adalah Noorkhiriah binti Ahmad Shapie merupakan seorang pelakon dan juga pelawak negara.

Beliau merupakan pemenang 3 kali berturut-turut Artis Komedi Wanita Popular di penganugerahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Norkhiriah rayu tidak siarkan video lamanya yang tidak berhijab

Seperti yang semua sedia maklum, pelakon ini sudah berhijab sejak beberapa tahun lepas dan masih diterima baik dalam industri.

Menerusi satu perkongsian video pelakon ini merayu kepada pengguna media sosial TikTok supaya tidak menggunakan video lamanya ketika tidak berhijab.

Video lama akan dah viral dekat TikTok

Menurut Noorkhiriah, dia kini telah ‘dibanjiri’ dengan pelbagai mesej daripada orang ramai yang berkongsi video lakonan lamanya.

“Sebenarnya dah cakap banyak kali, dah berbuih mulut. Ramai mesej akak hantar video lama-lama akak, katanya dah viral dekat TikTok.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Akak dalam video tu berkemban walaupun ada tuala kat atas

“Akak sedih, korang dah tau kan akak dah full berhijab tapi masih nak keluarkan cerita waktu belum bertudung.”

“Sudah la tidak bertudung, akak dalam video tu berkemban walaupun ada tuala kat atas.”

Kalau korang waras takkan keluarkan video macam tu

“Kalau korang berfikiran waras, mesti takkan keluarkan video macam tu,” katanya.

Jelasnya, dia memang tidak mempunyai kuasa jika membabitkan stesen televisyen kerana hak cipta milik mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Allah dah tutup aib akan cantik tapi korang keluarkan

“Tapi untuk budak TikTokers ni, tolong lah akak merayu sangat. Tak kiralah minat sekali pun tolonglah, jangan keluarkan cerita yang nampak aurat akak.

“Bila disuruh padam tak padam. Allah dah tutup aib akak cantik-canti tapi korang keluarkan juga,” katanya.

Sementara itu, video luahan pelakon ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok yang bernama Putri.

@pwinshes02yang mne ade post filem lama kak khiriah yg zaman dia belum berhijab , tolong delete dgn segera 🙏 ##fyp ##fypシ ##foryoupage ##esekeli ##ESEKELI ##fyp♬ original sound – 🌸 P U T R I ‘ A M I R A H 🌸 – • P U T R I •

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan keadaaan yang menimpa pelakon ini.

Mereka juga menasihati orang ramai agar menjaga aib orang lain apabila berkongsi video terutama di media sosial.

Terdahulu, Noorkhiriah berkongsi pengalaman ketika mula berhijab dan bagaimana dia terus istiqomah.

Perkongsian itu dibuat menerusi satu posting di Instagramnya yang dimuat naik pada tahun 2019.

Menerusi posting tersebut, Noorkhiriah berkata, penghijrahan yang dilakukannya ketika dahulu agak ringkas.

“Asalnya saya tak pandai pun blow rambut, malah rambut gugur sebab baru bersalin anak kedua.

“Lepas tu main-main je sarung tudung, lama-lama jadi best sebab rasa kepala dilindungi. Malah rupanya ramai yang mendoakan,” katanya.

Dalam pada itu, Noorkhiriah turut berpesan kepada individu yang baru berhijrah supaya banyakkan bersabar.

“Benda baik bukan mudah nak dapat. Manisnya lambat, onak pula bersepah. Paling utama hijrah hati, Insya-Allah yang lain pasti akan berhijrah. Semoga berjaya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Menjengah ke ruang komen, rata-rata tersentuh dengan kisah pelakon itu.

Malah, tidak kurang juga ada netizen yang berkongsi cerita serta pengalaman mereka ketika pertama kali berhijab.