Buat Kejutan Birthday Bekas Tunang & Siap Bagi Bunga, Peminat Doakan Remy Ishak Bahagia Dengan Pilihan Hati

Pelakon lelaki pujaan hati ramai, Remy Ishak dilihat membuat kejutan hari lahir buat bekas tunangnya dulu, iaitu Ezza Yusof.

Pasangan ini pernah menjalin hubungan selama 2 tahun sebelum terputus ekoran tidak sefahaman.

Walau bagaimanapun hubungan mereka tetap baik memandangkan mereka berdua merupakan rakan perniagaan.

Namun sambutan hari lahir kembali menjadi persoalan ramai netizen yang sememangnya menantikan Remy Ishak mempunyai orang istimewa dalam hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@ezzarl)

Menerusi perkongsian video-video yang dimuat naik oleh Ezza, dilihat Remy membawa Ezza ke satu restoran untuk menyambut hari lahir. Majlis sambutan hari lahir itu turut dihadiri oleh rakan-rakan rapat mereka.

“Saya tak pernah kena ‘surprise’ macam ni. Sejuk tangan sis semalam tak tau nak react macam mana , nak nangis ke nak gelak ke Memang tak expect langsung, smooth betul Mastermind plan.

“Thank you so much guys! sudi datang celebrate birthday saya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@ezzarl)

Menurut Ezza ini merupakan kejutan pertama buat dirinya. Dia turut berterima kasih kepada individu yang merancang kejutan ini dipercayai Remy Ishak sendiri.

Rata-rata mendoakan yang baik-baik dalam perhubungan mereka dan tak kurang juga yang berharap cinta kembali terjalin.

Terdahulu, Remy Ishak mendedahkan ikatan pertunangannya dengan Ezza Yusof sudah berakhir pada 2019.

Ezza memberitahu, dia mahu berhenti bercerita atau mengenang kisah lama selain mahu mencipta memori baharu untuk dirinya sendiri.

“Alhamdulillah, selamat ulang tahun kepada saya! Mari kita mulakan hari istimewa ini dengan tenaga baru.

“InsyaAllah mulai hari ini saya akan berhenti menceritakan kisah lama dan memulakan kisah baru untuk diri saya.

“Rahsia untuk berubah ialah dengan memberi fokus kepada tenaga anda bukannya melawan kehidupan lama tapi untuk membina sesuatu yang baru,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ezza berkata, biarpun melalui saat kesukaran, dia percaya dapat melaluinya dengan baik.

“Saya akan menjadi lebih baik, tiada siapa dapat menghalang atau melambatkan usaha saya. Saya sentiasa ingat semuanya yang berlaku atas sebab tertentu.

“Apa yang berlaku memberi motivasi dan inspirasi kepada saya untuk mengeluarkan koleksi baru, berani dan segar,” ujarnya.

Remy dan Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof mengikat tali pertunangan pada Mei 2017.