Niat Nak Pertahankan Diri Sebagai Isteri Kedua, Tapi Hujung-hujung Wanita Ini Dikutuk Teruk Dengan Netizen

Hidup bermadu bukan sesuatu yang mudah. Baik daripada perspektif suami mahupun isteri. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan semula sebelum mengambil keputusan untuk berpoligami.

Tak kurang juga pandangan serong yang diberikan kepada isteri muda. Biasanya mereka akan digelar perampas mahupun kaki kikis kerana dianggap ‘menggatal’ dengan suami orang.

Seperti wanita ini, niatnya untuk menolak segala dakwaan cliche yang sering dilemparkannya setelah bergelar isteri kedua disalah erti.

Wanita bernama Shafrina Zibidan telah memuat naik sebuah video memaparkan dia dan suaminya sedang sakan membeli belah di butik pakaian mewah sambil menyertakan hasrat yang lama terbuku di hati.

Walaupun dalam video tersebut mereka berdua kelihatan mesra, netizen yang melihat naik darah. Terutama sekali kaum wanita. Netizen turut mendakwa Shafrina bercakap besar tanpa berfikir panjang.

“Orang selalu cop kalau jadi isteri kedua ni sebab mahukan harta. Sedangkan isteri yang kedua sebelum berkahwin sudah ada segala-galanya.

“Isteri kedua juga pernah digelar sebagai perampas, sedangkan isteri kedua tidak pernah menghasut suami untuk menceraikan isteri pertama atau mengoda suami sebelum berkahwin.

“Jika jodoh itu boleh ditolak dan dipilih, apa yang Allah aturkan bukan suami orang yang menjadi pilihan kerana pilihan itu banyak.

“Tapi sejak berkahwin, isteri kedua yang selalu menghabiskan duit untuk suami. Walaupun suami tak pernah minta apa-apa, tetapi saya suka make over suami agar dia nampak lagi kacak dan bergaya.

“Walaupun saya tahu dia sebenarnya mampu beli sendiri, tapi isteri kedua masih digelar pengikis, kan? Sedangkan yang kedua tidak pernah mendapat apa-apa harta dari suami,” luah Shafrina menerusi videonya itu.

Walaupun video itu baru dikongsi dua hari yang lepas, ianya tular dengan meraih sebanyak 1.4 juta tontonan dan 31.5 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@erinazibidan_ Kikis suami orang jap 😌 #masukfyp #fypシ゚viral #trending #fyp #bagifyp #suamiorang #cintamonyet ♬ original sound – Shafrina Zibidan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memang tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu. Malah, mereka mendoakan agar Shafrina diberikan seorang lagi madu selepasnya agar dia dapat memahami perasaan isteri pertama apabila dimadukan.

Antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok

“Xpa kak.. pedulikan kata org lain..💪🏼 sy doakan akak dpt madu yg ke3 & ke4 spaya dpt rasa apa yg isteri pertama rasa..😂”

“kalau betul x rampas hak org, silalah berbahagia. tp kalau sebaliknya, kifarah tu ada. tu je. tak buat x yah takut.”

“Selagi tak kena diri sendiri boleh la cakap gitu. Nanti klu ada yg ke3 jangan meroyan pulak. Kan jodoh takleh ditolak😂”