Niat Mahu Elak Disalah Guna, Tindakan Pemuda India Terjumpa & Patahkan Kad Bank Buat Orang Ramai Kagum!

Sekarang ini, mudah sahaja untuk lakukan pembayaran kerana terdapat pelbagai jenis pembayaran yang boleh dilakukan tanpa memerlukan tunai sekalipun.

Iospital phone repair gombak

Misalnya, jenis pembayaran ‘paywave’ yang hanya memerlukan pembeli menyentuhkan sahaja kad mereka tanpa memerlukan mereka untuk memasukkan pin sekuriti mereka.

Walau bagaimanapun, ia akan menjadi masalah besar jika kad tersebut hilang ataupun dicuri oleh orang lain kerana wang daripada kad tersebut boleh digunakan begitu sahaja tanpa pengesahan daripada pemilik kad berkenaan.

Namun masih ada individu yang berhati mulia yang bertindak mematahkan kad bank yang dijumpainya telah berjaya mencuri perhatian ramai warga netizen.

Menerusi video yang tular di laman TikTok @dogtorharsha itu, kelihatan seorang pemuda India sedang mematahkan kad bank yang dijumpainya sewaktu menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves.

Difahamkan, agak sukar untuk menjejaki siapakah pemilik kad tersebut kerana terlalu ramai pengunjung hadir ke Batu Caves pada hari perayaan tersebut.

Disebabkan itulah pemuda India itu mematahkan kad berkenaan agar tiada siapa yang boleh menggunakan wang daripada kad tersebut sewenang-wenangnya.

Apabila kad itu telah pun dipatahkan, secara tidak langsung ianya sudah tidak boleh digunakan lagi.

Justeru itu, pemilik asal kad tersebut hanya perlu membuat laporan polis dan memohon kad bank baharu dari bank yang digunakan olehnya.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai memuji tindakan pemuda India berkenaan kerana berlaku jujur dan bantu memudahkan urusan individu yang ditimpa kesusahan akibat kadnya yang hilang itu.

Antara komen netizen:

“Blessed you abang for being baik 😁”

“Even if it a small act, it will give impact. Kudos to yr brother.”


“good job bro . recently i hve lost debit card and someone try to use it before i block it . may god bless you with happiness and good health.”

“kalau dia guna pun dia tak selamat ,owner bila mintak bank trace dkt mana dia guna ,kalau pencuri bijak dia pergi tmpt tak ada cctv”

Video TikTok yang tular:

@dogtorharsha

Highlight of Thaipusam 2023

♬ original sound – Hahaharsha