Tengah Syok Rakam Anak Bermain Di Taman, Sekali Alat Senaman Bergerak Sendiri Buat Ramai Seram!

Terdahulu pernah viral dimana seorang budak kecil sedang bermain di bakul baju namun apa yang membuatkan ramai terkejut adalah kain di dalam bakul tersebut seolah ditarik oleh ‘sesuatu’ bahkan sehingga kini ianya menjadi tanda tanya.
Iospital phone repair gombak
Tidak dinafikan selain menonjolkan diri, makhluk halus juga dapat memberikan ‘hint’ untuk memaklumkan bahawa mereka ada berdekatan dengan kita contohnya melalui bau-bauan, melalui mimpi, dengar bayi menangis, guli yang jatuh, bunyi tapak kaki dan sebagainya malah ada juga yang memberikan hint dengan mengalih-alihkan barang.

Sama juga dengan kisah yang tlar baru-baru ini dimana ada kejadian yang aneh ketika pasangan suami isteri ini membawa anaknya bermain di taman permainan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh ibunya di laman TikTok @Arinajohaizi, kelihatan suaminya melayan anak perempuan bermain salah satu alat senaman yang ada di taman permainan itu pada waktu senja.

Namun apa yang pelik adalah alat senaman yang berada di belakangnya tiba-tiba  bergerak dengan sendiri seolah-olah ada sesuatu yang sedang bermain dengan alatan tersebut.

Pada awalnya kedua mereka tidak menyedari perkara tersebut dan hanya ingin merakam gelagat anaknya bermain untuk dijadikan kenangan sehinggalah dia pulang ke rumah dan melihat semula video tersebut.

Menerusi sebuah video lain, suaminya membuktikan pada orang ramai bahawa alatan tersebut tidak mampu untuk bergerak sendiri selagi tiada orang duduk dan tarik besi berkenaan bahkan besinya juga tidak bercantum.

“Seram bila tengok belakang lagi laju hayun dari anak.. masa main serious takperasan pun. Tu la senja senja org tua pesan dok dalam rumah takmau dengar”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berasa seram melihat perkara tersebut malah ada yang mengatakan jika besi tersebut bercantum sudah pasti pergerakkan menjadi selari namun jika diperhatikan, alatan di belakang lebih laju bergerak.

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan hantu pada masa kini pun sudah pandai workout dan menjaga kesihatan.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang meninggalkan komen lucu dengan mengatakan mungkin ‘dia’ merupakan personal trainer ketika masih hidup dahulu.

Antara komen warga maya:

“Kalau bercantum besi tu mesti sama pergerakkan”

“Bila tengok video ni saya dapat kesedaran.. hantu pun rajin workout, saya yang besar bas ni malas nau nak workout”

“Hnatu pun exercise nak bagi kurus, yang aku ni gemuk tak reti2 exercise lagi”


“Saya syak dia personal trainer tapi ghaib”

“Hantu pun ada yang nak workout ya.. mesti baju semua dah tak muat..”


Video yang tular di laman TikTok:

@nrarinaaa_ Seram bila tengok belakang lagi laju hayun dari anak 😂 masa main serious takperasan pun. Tu la senja senja org tua pesan dok dalam rumah takmau dengar #seram #fypシ #fypage #hantusado #senja #2023❤😍 ♬ original sound – Arinajohaizi

@nrarinaaa_ Replying to @IbooAafiyah ♬ original sound – Arinajohaizi