“Niat dah baik..” Tegur Rider Lupa Angkat Tongkat, Sekali Diri Sendiri Pula Langgar Kereta Hadapan!

Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap keadaan sekeliling.

Iospital phone repair gombak

Sebagai contoh jika terjumpa dengan mana-mana pengguna jalan raya yang menghadapi kesukaran tanpa disedari seperti tayar pancit; atau lampu kenderaan tidak dibuka, hendaklah kita bertindak menegur pemandu atau penunggang kenderaan tersebut.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang penunggang motor yang berniat baik untuk menegur penunggang yang lain akhirnya kecundang telah mencuri perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ciknivqx0qf di laman TikTok, kelihatan seorang rider Foodpanda yang terlupa mengangkat tongkat motornya.

Kemudian muncul pula seorang penunggang motor yang bertindak menegur rider Foodpanda itu agar mengangkat tongkat motornya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Akibat menoleh ke arah rider itu terlalu lama, penunggang itu pun tidak perasan terdapat sebuah kereta Myvi yang baru sahaja berhenti di lampu isyarat.

Apakan daya, dirinya sendiri pula terlanggar kereta yang berada di hadapannya itu.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah berjaya meraih sebanyak 151.3K tontonan, 3215 tanda suka, dan 84 komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai rata-ratanya bercampur baur perasaan menonton klip dashcam yang dikongsikan itu.

Ada yang terhibur kerana disebabkan tongkat sahaja boleh jadi sebegini, dan tentunya ada individu yang merisaukan akan keselamatan penunggang motosikal tersebut.

Antara komen netizen:

“dia tgur pon lama sngt . tegur kejap sudahlah.. 😂 hahahahaha”

“Abg tegur tongkat tu pastu tgk la depan.. abg ushar lama² mcm tgk marka 😂 apa pun bnda nk jd tabah la bang ahaha”


“kebaikan dibalas dgn musibah itu ujian..pasti akan ada hikmah lebih besar kemudian harinya..harap brader tu tabah 😉”

“lama sgat duk paling muka ke foodpanda tu..aish ..moga dipermudahkan segala urusan abang tu yep”

“Aduhh bang ingatkan kenapa la pergi tibai belakang kereta tu 😂. Niat elok dah tpi keadaan dekat situ tak elok”

Video TikTok yang tular:

@ciknivqx0qf

♬ original sound – Cikniboss