Selamba Bawa Sate & Pembakar Atas Kepala, Pelancong Thailand Ini Kagum Dengan Kegigihan Wanita Ini Berniaga!

Seperti kita sedia maklum, setiap negara mempunyai keunikan dan kehebatan negara mereka yang tersendiri.

Iospital phone repair gombak

Lebih-lebih lagi mengenai soal makanan, terdapat pelbagai variasi makanan dijual dan cara mereka menjual juga boleh dijadikan sebagai satu tarikan kepada pelancong!

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana seorang pelancong dari Thailand mengkagumi cara seorang wanita Indonesia menjual sate yang diletakkan di atas kepalanya telah membuatkan ramai warga maya terpaku sama.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wepergee di laman TikTok, kelihatan seorang wanita yang menjual sate dengan meletakkan bahan sate dan pembakar di atas kepalanya sambil menjaja di pasar.

Lain daripada lain, itulah yang membuatkan lelaki tersebut berminat untuk membeli 10 cucuk sate daripada wanita itu.

Wanita itu terus meletakkan barang-barangannya di bawah dan terus melakukan proses membakar sate yang telah dipesan itu.

Sewaktu wanita itu berhati-hati meletakkan barangnya kembali di atas kepala, dapat dilihat pembakar sate itu agak berat untuk dipikul tetapi wanita itu selamba sahaja mengangkuytnya kehulur hilir dengan kepalanya sahaja.

Difahamkan, pelancong Thailand ini tak berhenti memuji peniaga wanita ini kerana tidak pernah melihat wanita sekuat ini berniaga cara sedemikian rupa.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai memuji kegigihan wanita ini yang bekerja keras berniaga demi mencari rezeki yang halal.

Walau bagaimanapun, ada juga yang meluahkan pendapat mengenai kebersihan makanan tersebut apabila daun pisang yang digunakan untuk membalut sate itu telah dilapkan menggunakan kain di atas kepalanya.

Antara komen netizen:

“ya Allah kau beri lah rezeki yg lebih pada peniaga jiran saya supayah boleh beli motor atau kereta untuk mereka memcari rezeki aamiin”


“Gigihnya dia mencari rezeki. Semoga murah rezeki beliau.”

“Incredible she’s able to carry the heavy food and balance on the head. Not to mention the hot stove. 😰😲”

“Oh no!!..she use the head towel to wipe..”

Video TikTok yang tular:

@wepergee ขายสะเต๊ะแบบจึ้งๆ ก็แบกเตาถ่านขึ้นหัวไปเลย 🇮🇩 #Wepergee #อินโดนีเซีย #TikTokพากิน #TikTokพาเที่ยว #yogyakarta #sateayam #ยอกยาการ์ตา #สะเต๊ะ #สตรีทฟู้ด #Indonesia ♬ original sound – Wepergee