“Nek kuat tengok Sepahtu ni” Aksi Lawak Terbalik Nenek Tolak Cucu di Kerusi Roda Buat Netizen Geli Hati

Waktu kecil dahulu, pasti ramai di antara kita yang sering bergurau senda, bermanja dengan nenek mahupun atuk tak kiralah ketika balik kampung beraya mahupun hari-hari biasa.

Iospital phone repair gombak

Namun, seiring dengan masa yang berjalan, nenek atuk kita pun sudah semakin tua. Sehinggakan ada yang terpaksa menggantikan keupayaan berjalan mereka dengan kerusi roda.

Pun begitu, lain pula kejadiannya seperti kisah yang bakal dikongsikan hari ini susulan tularnya satu video oleh @useralamdiqin888 di TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik oleh lelaki itu, memaparkan seorang wanita tua iaitu neneknya membuat lucu dengan menolak cucu perempuannya menggunakan kerusi roda!

Apa yang membuatkan video ini menjadi perhatian ramai, situasi berkenaan seolah-olah terbalik kerana sepatutnya nenek yang duduk, ditolak di kerusi roda dan bukanlah sebaliknya seperti dalam rakaman.

Melihat daripada situasi itu, beberapa ahli keluarga lain yang turut berada di situ turut ketawa kerana geli hati dengan gelagat si nenek.

Sehingga kini, video berbaur kelakar itu berjaya mengaut jumlah tontonan sebanyak 670.4 ribu serta meraih 122.1 ribu tanda suka!

Ketika meneropong ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat nenek itu yang ikut sama melayan kerenah cucu-cucunya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“nenek akk mesti layan kahar high council an sbb suka main lidahh😂😂😂”

“nenek:biarle aku pun nak rasa berdiri”


“hahaha nenek pon layan je ye 😂”

“nenek nk exercise tu 🤣🤣”

“nenek : sabo la bagi org jalan sat”

“tak mcm telabik je tu 😭😭”

Video yang tular di laman TikTok

@useralamdiqin888 nenek built different #fyp #fypage ♬ Funny Song – Cavendish Music