“Ni Neelofa Yea…Nak Peluk Boleh?” Makcik Penerima Bantuan Mahu Peluk Neelofa

Baru-baru ini pelakon dan usahawan popular, Neelofa telah menganjurkan kerja khidmat masyarakat bersama peminatnya, Neelofa Team dengan kerjasama Chatime dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada Sabtu.

Khidmat masyarakat yang dilakukan di Kuala Selangor itu turut membabitkan sekitar 70 orang sukarelawan dengan misi membantu mengagihkan barangan keperluan dan tugas berkumpulan.

Difahamkan, sebanyak 10 buah rumah telah dikenalpasti dengan bantuan JKM bagi menerima bantuan dan sumbangan untuk program ini.

Menggunakan tanda palang #csrneelofaxchatime, rata-rata netizen memuji kesungguhan Juara Dewi Remaja 2010 ini dalam meringankan beban mereka yang memerlukan.

Malah menerusi Insta stories, hos meleTOp itu juga ada berkongsi sekitar majlis tersebut.

Antara yang menarik ialah gelagat salat seorang penerima bantuan yang mahu memeluknya selepas mengetahui individu yang datang bertandang ialah Neelofa.

Malah, Lofa melalui Insta Stories juga turut berkongsi rasa terhadap invidivu kurang bernasib baik selain memberikan dedikasi terhadap semua krew terlibat.


Terdahulu, figura jelita ini pernah turun padang membersihkan pusat perlindungan kucing di S.I Home Shelter, menceriakan kanak-kanak di Hospital Kuala Lumpur dan macam-macam lagi.

Terbaru, keprihatian Neelofa terhadap kebajikan masyarakat sekali lagi mencuri tumpuan apabila perbualannya bersama Nur Heliza Helmi beberapa hari lalu bikin viral apabila dia pasang niat mahu membantu umat Islam di Syria.

Apa pun, ini dia antara sekitar sepanjang program berlangsung.

Semoga apa yang dilakukan Neelofa dan team ini menjadi contoh baik buat semua untuk melakukan perkara sama, insyaAllah…

Foto: Instagram Neelofa, Neelofateam.my