Mengaku Beliau Di Dalam Gambar, Fatimah Rohani Mohon Maaf Tapi Minta Jangan Salahkan..

Emma Maembong ataupun nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail mengaku bahawa beliau di dalam gambar ‘free hair’ yang viral hari ini bersama seorang lelaki.

Di dalam satu posting Instagram itu, Emma mengaku bahawa semua salahnya sendiri dan memohon maaf kepada semua peminat dan netizen.

“Salam semua. Sy nk mintak maaf atas salah sy lalai. Mmg salah sy. Bukan salah kawan ,keluarga atau sapa2 jgn salah kan diorg sbb sy sendiri yg lalai.

“Maaf kan sy. Thank you kepada yg nasihat sy, dan yg marah yg kecewa atau sedih semua sy mintak maaf ya. Im sorry.

“Walaupon ramai ckp pergi mintak maaf dekat allah sy buat, dekat manusia pon still sy kene mintak maaf jgk kan.tak sempat sy nk reply comment satu2 byk sgt.

“But Thank you yg masih support dan yg positive. Love you guys so much. Im sorry again. Maaf kan sy”

Walaubagaimanapun, Emma menafikan yang beliau di dalam gambar celah kangkang lelaki itu dan meminta semua orang tidak salahkan kawan-kawannya.

Sebelum ini sekeping gambar mirip abang kepada seorang menteri Kabinet bersama wanita dipercayai selebriti popular tempatan berdua-duaan di dalam bilik telah tular, lapor Kosmo.

Gambar eksklusif yang diterima Kosmo! Online itu memaparkan imej dipercayai abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah bergambar bersama seorang wanita.

Lebih mengejutkan, menurut sumber, wanita yang bersama Syed Abdullah adalah pelakon genit yang kini berhijab, Emma Maembong dirakamkan kira-kira seminggu yang lalu.

Sejak kebelakangan ini, Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 27, dilihat menjalinkan hubungan mesra dengan jejaka berusia 30 tahun itu.

Kedua-dua mereka juga pernah memuatnaik gambar bersama-sama dalam Instagram masing-masing berserta kapsyen sebagai rakan karib.

Pada 19 Januari lalu, Emma ada memuat naik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai dengan ucapan selamat hari jadi.

Emma juga kelihatan dalam majlis sambutan hari lahir Syed Abdullah yang disambut bersama keluarga baru-baru ini.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.