“Happy Birthday, Jangan Lalai Dengan Pujian, Always di Belakang U” Ucapan Sweet Pekin Buat Mona Allen

Pekin yang masih di dalam mood honeymoon bersama isterinya telah membuat satu posting khas sempena hari lahir Mona Allen.

Di dalam posting tersebut, Pekin mendoakan Mona Allen terus sukses dan sentiasa kuat menempuh hari-hari mendatang.

Pekin juga berpesan supaya Mona Allen sentiasa merendah diri dan tidak lalai dengan pujian.

“Happy Birthday to my wife .. semoga kalian semua doa yg baik baik ok . terus sukses dalam kerjaya sebagai anak seni dan kena kuat menempuh hari hari mendatang.

“Sentiasa merendah diri , jadi diri sendiri , jangan lalai dengan pujian , sentiasa belajar utk jadi lebih baik , hargai mereka yg sentiasa memberi sokongan ,

“Hargai kerja org lain , usaha dan terus usaha , i know u can do it .. always di belakang u.

Sebelum ini, Pekin dan Mona Allen baru saja melangsungkan majlis persandingan mereka di Kota Bharu, Kelantan.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim sah bergelar suami Mona dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga terdekat dan rakan artis.

Rakan artis, Amyza Aznan berkata, dia mendapat jemputan majlis tersebut, namun tidak dapat hadir disebabkan sedang menjalani penggambaran.

“Alhamdulillah selamat sudah pagi semalam (Jumaat), mereka ada jemput tapi saya tidak dapat datang ada penggambaran.

“Mereka buat secara tertutup untuk rakan terdekat sahaja,” ujarnya

Ditanya sejak bila pasangan itu menjalinkan hubungan cinta, Amyza berkata, dia mengetahui perkara itu ketika mereka menjalani penggambaran drama Monalisa.

“Lama juga, masa kami terlibat penggambaran Monalisa, Mona sudah bercinta dengan Pekin,” ujarnya.