“Ni lebih kepada fitnah, mohon Astro ambil tindakan sivil terhadap dia” – Syahmi Sazli

Bagi peminat Youtuber Syahmi Sazli, pastinya sudah menonton trailer filem sulung terbitannya, Mael Totey The Movie yang baru dilancarkan semalam.

Rata-rata penyokong Syahmi tidak sabar menanti tayangan filem tersebut yang akan disiarkan pada 22 Oktober nanti.

Namun begitu ada juga pihak yang seperti tidak senang dengan kemunculan filem terbitan Syahmi ini.

Menerusi perkongsian Syahmi Sazi di laman Facebook miliknya, terdapat pengkritik filem di laman Youtube yang mengeluarkan kenyataan mengenai filem miliknya itu.

“Dia ni haritu lagi tk habis2 dgn cerita Mael Totey. Ni terbaru dia buat kenyataan kononnya ‘bertanya’ seolah-olah Mi bayar lebih dkt pihak Astro Shaw untuk awalkan promosi.

“Tahu lah awk tu pengkritik filem tapi jgn lah sampai mcm ni sekali, lebih kpd fitnah pulak. Zhafvlog, saya nk tanya awk, kaya sgt ke company sy sampai boleh bayar Astro lebih?

“Modal filem sy ni pun saya mampu keluarkan 400k je tu pun berkira-kira jgk dgn wife sy. Mohon Astro Shaw Sdn Bhd ambil tindakan sivil terhadap dia ni.”

Di dalam tangkap layar tersebut, pengkritik filem itu mempersoalkan promosi filem Mael Totey yang didakwanya keluar awal.

“Awal keluar promo nampak. Butak marin kemain sendu. Kena bayar lebih baru dapat promo baek ke?”

Kenyataannya itu telah menimbulkan rasa kurang senang dari pihak Syahmi kerana baginya perkara itu tidak benar.

Malah, menurut Syahmi lagi, dia tidak kisah jika dikritik atau dikecam, tetapi baginya kenyataan itu lebih kepada fitnah.

“Kalau sekadar kritikan, kecaman, mi tk melatah. Ni lebih kpd fitnah.”


Meninjau di ruangan komen, netizen bersetuju dengan Syahmi Sazli dan mendoakan agar tayangan filem pertamanya itu berjalan dengan lancar.

Malah, ramai juga yang memberikan sokongan kepadanya agar terus sabar dengan dugaan yang datang.