Buat Persembahan Depan ‘Traffic Light’ Promosi Lagu, Diva AA Pula Curi Perhatian Orang Ramai!

Terdapat pelbagai cara dan strategi ‘marketing’ untuk mempromosikan hasil jualan kita. Semakin menarik dan unik strategi tersebut, kebarangkalian untuk menarik orang ramai adalah lebih tinggi.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti video yang tular di laman sosial baru-baru ini di mana terdapat beberapa individu sempat melakukan persembahan iaitu menari di hadapan lampu isyarat merah.

Difahamkan, persembahan itu dibuat bagi mempromosikan sebuah lagu baru milik mereka.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Twitter pengguna @@sejenismanusia itu, kelihatan beberapa buah kenderaan sedang berhenti yang menandakan lampu isyarat sedang merah pada ketika itu.

Kemudian datang sekumpulan individu menari mengikut rentak lagu yang dibuka.

Namun apa yang lebih menarik perhatian warga netizen ialah kehadiran Diva AA atau nama sebenarnya Azwan Ali turut berada di lokasi berkenaan dengan aksinya yang menghiburkan apabila dia seakan mengajar orang lain yang lalu di hadapan persembahan tersebut.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah menerima sebanyak 181.1K tontonan, 979 retweets, 337 quote tweets, dan 3049 suka.

Meninjau di ruangan komen pula, warga netizen meluahkan bahawa mereka berasa terhibur melihat aksi Diva AA di situ.

Orang ramai juga ada yang berseloroh dan siap memberikan idea untuk melakukan persembahan tersebut di lampu isyarat lain yang lebih lama waktu berhentinya.

Antara komen netizen:

 

Video yang tular: