Netizen ‘Seram’ Tengok Bumbung Mercedes-AMG Tersagat Bawah Jambatan

Di Malaysia, sudah banyak jalan yang berada di bawah jambatan dengan ketinggian khas yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) atas sebab-sebab tertentu.

Oleh itu, para pemandu lori dan bas khasnya perlu mengambil maklum tentang had ketinggian jalan tersebut agar tidak berlaku sebarang kemalangan memandangkan kenderaan tersebut besar dan tinggi berbanding yang lain.

Beberapa minggu yang lalu, tular satu video memaparkan seorang pemandu lori towing memandu di bawah jambatan telah mengundang ketakutan netizen apabila kereta berjenis Mercedes-AMG GLC 43 di atasnya tersangkut di bawah jambatan berketinggian 2.1 meter.

Ketika Mercedes-AMG itu tersangkut, pemandu bertindak untuk turun daripada lori dan melihat situasi dari belakang. Dia kemudiannya masuk semula dan mengundurkan lori.

Orang ramai yang melihat kejadian tersebut berasa ‘ngilu’ apabila melihat bahagian bumbung kereta SUV Mercedes-AMG yang berharga lebih RM400,000 itu bergesel sehingga tersagat dengan permukaan bawah jambatan tersebut.

Mengintai ke ruangan komen, beberapa orang netizen mencadangkan agar mengempiskan angin tayar lori towing dan Mercedes-AMG itu bagi mengelakkan kereta SUV itu bergesel sehingga calar.

Selain itu, ada juga yang menyatakan laluan tersebut bukanlah satu ‘jalan’, namun pihak KTMB memberi kebenaran kepada orang awam menggunakan laluan tersebut untuk dijadikan alternatif bagi memudahkan urusan penduduk setempat keluar masuk kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi satu ciapan di Twitter pada awal bulan ini, ada sebuah lori turut menjadi ‘mangsa’ jambatan itu apabila kontena di belakang lori berkenaan tersangkut, tidak lepas untuk keluar sepenuhnya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Instagram

 


Hantaran yang tular di laman Instagram