“Boleh tak fazura betul2 duduk sebelah dia” Gadis Seiras Fazura Buat Netizen Teruja

Mungkin ramai di antara kita yang pernah bertemu dengan individu-individu yang seiras dengan wajah-wajah artis. Nampak macam sama, tapi bukan dia. Pelanduk dua serupa rupanya.

Bak kata orang, dalam dunia ni ada tujuh orang muka sama. Kadang-kadang, wajah seseorang itu seakan-akan sehingga menimbulkan kekeliruan dan tanda tanya kepada orang ramai.

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang gadis yang mirip dengan pelakon dan usahawan jelita iaitu Fazura! Dia secara tidak langsung menarik perhatian ramai warganet di TikTok.

Terdahulu, gadis bernama Ellya Farahanny ini pernah memuat naik video bagi menjawab soalan para warganet yang tertanya-tanya adakah dia Fazura.

@ellezacksteak Replying to @JANAHH ♬ original sound – Elle & Zack Ribeye Steak – Elle Zack Steak

“Bukan awak, bukan. Macam tu lah,” jawab Elly sambil tertawa kecil dan mengatakan dia bukanlah Fazura seperti yang dikehendaki ramai.

Menerusi video yang lain, Elly turut menjawab pertanyaan netizen yang memberitahu bukan rupanya sahaja mirip Fazura, tetapi suara dan cara senyumnya juga sama dengan isteri kepada pelakon Fattah Amin itu.

Tanpa menafikan kenyataan itu, Elly mengambil kesempatan untuk bercerita kepada orang ramai tentang pengalamannya disamakan dengan Fazura sewaktu berkerja di sebuah restoran makanan segera ketika masih belajar.

Elly berkata, pengurus di sana turut menyatakan perkara yang sama di mana wajahnya serupa dengan pelakon berkenaan.

“Dulu masa saya belajar di tahun ketiga, pada waktu cuti semester saya bekerja di KFC. Pengurus di situ cakap kenapa muka saya macam Fazura?” cerita Elly.

Tambahnya lagi, wajahnya yang persis Fazura bukan sahaja disedari oleh pengguna media sosial mahupun bekas pengurusnya, malah rakan sekerja turut mengatakan perkara yang sama.

“Dia pun bertanya pekerja lain di situ dan semua cakap perkara sama.” katanya.

Dan yang lebih kelakar, terdapat seorang pekerja di situ bersungguh-sungguh menafikan dakwaan bahawa rupanya serupa seperti pelakon drama Kisah Cinta.

“Tapi ada seorang pekerja yang ‘mati mati’ cakap bukan Fazura. Dia siap tanya ‘tang’ mana (di mana) yang sama. Siap tengok muka saya depan depan lagi. Saya okay saja,” tambahnya.

Dalam pada itu, video penjelasannya telah mendapat perhatian Fazura! Malah pelakon itu sempat meninggalkan komen.

“Oh.. Hi twin 👋🏻😄”

Sehingga kini, video yang tular tersebut telah berjaya meraih tontonan sebanyak 1.8 juta serta mendapat 115.1 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@ellezacksteak Replying to @sotset ♬ original sound – Elle & Zack Ribeye Steak – Elle Zack Steak