Netizen Sebak Lihat Wanita Jual Kacang Di Kali Lima Sambil Bawa Anak Kecil

Sejujurnya, memang sebak apabila melihat orang yang kurang bernasib baik cuba untuk menjana pendapatan dalam macam-macam cara demi menyara kehidupan.

Tidak kurang yang menjual kerepek di tepi-tepi jalan sambil membawa anak-anak kecil mereka. Sungguh kasihan namun apakan daya. Orang ramai hanya mampu  menyumbang sedikit wang kepada golongan ini dengan niat untuk meringankan beban yang ditanggung.

Seperti baru-baru ini, seorang wanita bersama dua anaknya yang masih kecil dilihat berada di kaki lima di hadapan sebuah bank di Klang, Selangor.

Menurut video yang dikongsikan, wanita yang dipercayai berusia lingkungan 20-an itu sedang menidurkan anak-anaknya dengan beralaskan tikar sambil menjual pelbagai jenis kekacang dan tisu.

Video itu secara tidak langsung mengundang sebak netizen. Tambahan pula melihat anak kecil yang berusia kurang daripada satu tahun turut dibawa menjaja.

Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial mendakwa bahawa wanita itu berasal dari Pandamaran.

“Dia memang selalu naik grab ke Klang. Bagusnya dia ni, dia usaha cari duit dengan menjual macam-macam dan suaminya baru lepas kemalangan.

“Barang-barang yang dia jual tu selalunya diletakkan dalam kereta suami, tapi malangnya kereta tu dipecah,” katanya di ruangan komen.

Tambah seorang lagi pengguna media sosial, wanita berkenaan turut mempunyai ahli keluarga yang ramai selain telah mula menjaja sejak anak keduanya masih dalam kandungan.

“Dia duduk dekat Pandamaran kalau tak silap, pernah masa raya dia datang rumah dengan satu keluarga dia… rumah kat mana tak pasti, yang pasti ahli keluarga dia ramai,” katanya.

Wanita itu juga dikatakan oleh individu yang mengenalinya pernah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada awal Julai lalu kerana anaknya yang baru berusia dua bulan terkena jangkitan kuman.

“Saya pernah warded sama dengan dia awal bulan Julai di HTAR… masa tu anak dia dua bulan. Anak kami kena jangkitan kuman masa tu.

“Dia memang ada cerita anak sulung dia lelaki, dia cakap suami baru kemalangan. Terdetik dalam hati banyaknya dugaan dia tapi tak sangka macam ni sekali kehidupan dia,” katanya.

Pun begitu, rata-rata wargamaya memuji ketabahan wanita tersebut kerana tetap berusaha mencari rezeki tanpa menagih simpati orang ramai semata-mata.

Video yang tular di laman TikTok

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)