Jiran Dari Neraka! Ubah Suai Rumah Sampai Tembus Dinding, Suami Isteri Ini Masih ‘Steady’

Mengubah suai rumah memang sudah biasa bagi kalangan masyarakat kita. Kebanyakan daripada yang mengubah suai rumah bertujuan untuk mencantikkan lagi keadaan rumah dan sejuk mata memandang.

Pun begitu, tuan rumah juga perlu mengambil kira beberapa faktor semasa sibuk mengubah suai. Janganlah sampai menyusahkan orang lain mahupun memusnahkan sebahagian daripada rumah jiran.

Persis seperti yang terjadi kepada pasangan suami isteri ini di mana mereka telah berkongsikan pengalaman hidup berjiran dengan individu yang ‘gemar’ mengubah suai rumah.

Kisah ini dikongsikan sendiri oleh seorang isteri bernama Desiani Fitri Azman di akaun TikTok miliknya. Menurut Desiani, dia dan suami ingin keluar namun terkejut apabila terlihat dua batang besi sudah menembusi dinding di salah sebuah bilik rumah mereka.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu tidak cepat melatah memandangkan situasi tersebut bukanlah kali pertama buat mereka namun sudah banyak kali terjadi.

Oleh itu, mereka juga turut keliru mahu merasakan sedih atau ketawa melihat kejadian itu. Pun begitu, Desiani sempat berseloroh mujur dinding rumahnya tidak roboh sepenuhnya.

Walaupun sudah banyak kali berada di situasi yang sama, pasangan itu kelihatan sungguh tabah. Malah si suami dilihat sabar menampal dinding-dinding yang ‘bolong’ akibat perbuatan penukang.

Setakat ini, video berdurasi 51 saat yang dimuat naik Desiani telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 508.5 ribu serta mendapat 9980 tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, netizen mempertikaikan keprihatinan tuan rumah yang mengubah suai terhadap mereka kerana seolah-olah tidak endah dengan apa yang telah terjadi.

Selain itu, ramai juga yang memuji kesabaran pasangan suami isteri ini kerana tidak cepat melenting mendapat jiran yang sebegitu. Dalam pada itu, ada juga yang pernah berada di situasi yang sama seperti Desiani.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Akak tak marah eh? Steady betul laki bini”

“sama lah mcm saya kiri kanan buat rumah. kita yg tengah abis terima nasib bocor bila ujan, bila ujan kena tadah air dlm mangkuk 😂”


“Boleh pulak gelak2 deh.. baik sungguh jiran ni😅”

“jiran sblh renovate rmh x terpikir ke rmh jiran sblh kene ke x kalau dh rmh sblh²😅”

Video yang tular di laman TikTok

@desianifitriazman xtau nk sedih ke ketawa 🤣🤣 ngekek laki bini tgk 🤣 #fypシ #fypシ゚viral #foryourpage #sabarituindah ♬ Funny Song – Cavendish Music