Netizen Kesian Tengok Nuha Bahrin & Naufal, Buat Persembahan Tapi Penonton Krik Krik

Ternyata gandingan penyanyi baharu iaitu Nuha Bahrin bersama pasangannya Naufal Azrin dalam lagu baru mereka berjudul Casablanca memang tepat sekali!

Lagu yang sudah mencecah 15,016,118 juta tontonan sejak mula dimuat naik ke YouTube pada bulan Mei lalu bukan sahaja meletup-letup di radio, malah menjadi kegemaran pengguna TikTok di dalam negara mahupun luar negara.

Gabungan bahasa Arab di dalam seni kata lagu ini turut menarik minat orang ramai di TikTok untuk menggunakannya sebagai background sound untuk video mereka. Bahkan sehingga sekarang lagu ini tidak lekang dari mulut-mulut orang ramai untuk menyanyikannya.

Baru-baru ini, pasangan duet yang kini hangat telah dijemput untuk membuat persembahan ketika selingan di Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW 2022).

Persembahan mereka berdua yang cukup bertenaga sempat dirakam dan dimuat naik ke TikTok oleh iamhelmihaikall pada beberapa hari lepas.

“Kecik molek orangnya.” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video yang dikongsi Helmi Haikal menunjukkan Nuha mengenakan busana serba merah jambu dan kasut tinggi berwarna keemas-emasan, menampakkannya lebih ayu dan manis.

Manakala Naufal pula kacak memakai turtle neck putih bersama sut berwarna biru cair dengan sepasang sneakers di kaki. Lebih menarik, mereka berdua dilihat tidak lokek memberikan senyuman manis kepada yang hadir di situ.

Pun begitu, ada juga yang mempertikaikan kasut tinggi yang dipakai Nuha kerana melihat saiz kasut itu seperti besar sedikit menyebabkan gadis itu kekok dan dibimbangi terjatuh.

Dalam pada itu, netizen turut mempertikaikan adab hadirin yang menyaksikan persembahan memukau mereka kerana seolah-olah tidak memberi sokongan namun hanya fokus kepada handphone masing-masing.

Walau bagaimanapun, video yang tular itu kini telah berjaya mengaut tontonan sebanyak 811.5 ribu serta mendapat 35.5 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya kasihan melihat pasangan tersebut kerana seperti ‘syok sendiri’. Selain itu mereka turut beranggapan crowd yang ada seakan-akan tidak wujud.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Heels siapa dia rembat? Allahu hahahaha”

“Kenapa semua org mcm tak wujud HAHAHAHAHA😂”


“knpa smua org mcm ignore dia?”

“Crowd jenis dengar mix dgn hitz fm je ni tatau lagu ni 😅”

Video yang tular di laman TikTok

@iamhelmihaikall Kecik molek orgnya #klfw2022 #KLFW22 ♬ CASABLANCA – Nuha Bahrin & Naufal Azrin