[FOTO] Siap Suapkan Makan, Dato M Daud Kilau Sebak Dapat Kunjungan Ustaz Ebit Lew

Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew meneruskan perjalanan misi bantuan beliau kepada rakyat yang memerlukan di luar sana.

Sebelum ini beliau turun padang membantu ramai rakyat yang mengalami kesempitan terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menerusi perkongsian beliau di laman Facebook, pada kali ini beliau sempat melawat salah seorang penyanyi yang dikenali ramai iaitu Dato M Daud Kilau.

Ustaz Ebit Lew ziarah Dato M Daud Kilau

Kisah Dato M Daud Kilau sebelum ini telah tular mengenai tahap kesihatan penyanyi ini yang semakin uzur .

Walau uzur penyanyi ini masih senyum ceria

“Sebak sayu hati rasa baru ziarah Dato M Daud Kilau dan datin di Bagan Datuk. Walau uzur beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu. Sedap laksa”.

“Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan”.

“Semua kru kena makan,saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz” tulisnya.

Doakan saya yer

“Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz”.

“Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer” tulisnya.

Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat

“Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah”.

“Tadi beliau sempat menyanyi bersama dan macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara”.

Semoga penyanyi kesayangan ramai Dato M Daud Kilau diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk kembali sihat.