“Negara alami musibah, kepala hotak kau berebut mau jadi PM,” Uncle Kentang Kuan Chee Heng Bersuara

Sejak negara dilanda pandemik Covid-19, ekonomi negara turut terjejas dan ramai yang turut terjejas kerana wabak berkenaan.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini isu politik masih hangat diperkatakan tatkala negara masih lagi berjuang melawan pandemik Covid-19 ini.

Uncle kentang tampil menulis kiasan yang mendalam

Sejak semalam, isu seorang ahli politik yang mendakwa telah mendapat majoriti sokongan untuk menubuhkan kabinet baharu serta menyatakan kerajaan sedia ada sudah tumbang telah mengejutkan ramai.

Namun begitu, sidang media yang dibuat pada tengahari semalam telah mencetuskan pelbagai sindiran dari rakyat sehingga seorang figura yang terkenal di media sosial iaitu Uncle Kentang tampil menulis kiasan di media sosial miliknya.

Siapa yang tidak cukup kerusi 

Menerusi satu perkongsian di Facebook yang dimuat naik Kuan Chee Heng, dia telah menyertakan sekali gambar tindihan kerusi dengan kapsyen bertanya sama ada cukup ataupun tidak kerusi-kerusi tersebut untuk jadi perdana menteri.

Sungguh memalukan, tatkala negara mengalami musibah

“Siapa tak cukup kerusi jadi Perdana Menteri. Nak sewa, sila call 019 1234567890. Kita akan bantu anda untuk cukupkan kerusi dibawa ke Istana Negara”.

“Tatkala negara mengalami musibah, kepala hotak kau orang berebut mau jadi PM. Sungguh memalukan” tulisnya.

Malu sikit pada rakyat

“Rakyat tak akan sokong orang seperti kamu ini. Sila malu sikit pada rakyat. Kalau kamu tak tahu apa itu malu sila check dengan Dewan Bahasa. Please”. 

Pada masa yang sama, dia sempat menyelar tindakan sesetengah ahli politik yang seakan tidak sabar dengan keadaan semasa dalam memegang tampuk pemerintahan.

Ketika ini negara dan rakyat masih bergelut dengan pendemik Covid-19 yang dilihat menunjukkan peningkatan.

Semoga negara kembali pulih seperti sedia kala dan pulih sepenuhnya dari pandemik Covid-19 ini.