[VIDEO] “Eh anak aku!” Amin Idris Menangis Di Live TV, Terima Kejutan Panggilan Dari Anak Sendiri!

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1 dan TV2 menyajikan pelbagai program menarik buat tatapan para penontonnya antaranya ialah Borak Dulu #Baru Buka bersempena bulan Ramadan, .

Namun pada episod baru-baru ini, satu momen mengharukan telah berlaku ketika live sedang berlangsung.

Program khas Borak Dulu #Baru Buka ini dihoskan oleh Amin Idris dan ditemani oleh beberapa personaliti dan artis jemputan lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amin Idris (@amin_idris)

Menerusi video yang dikongsikan RTM di TikTok, memaparkan suasana penuh sayu yang berlaku di dalam studio tersebut.

Difahamkan, ketika live sedang berlangsung, studio mereka telah menerima satu panggilan daripada seorang remaja perempuan yang bernama Wardah.

Sebagai hos, Amin Idris telah menyapa si pemanggil terlebih dahulu dengan memberi salam dan dengan nada sayu gadis ini kemudian bertanya kepada Amin ‘Daddy apa khabar? Daddy rindu akak tak?’.

Pada awalnya, Amin Idris langsung tidak cam bahawa yang sedang membuat panggilan itu adalah anak perempuannya kerana respon si pemanggil agak ‘delay’ dan suara juga kurang jelas.

Lebih membuat pangacara ini keliru apabila mendengar gadis itu memanggilnya dengan gelaran ‘Daddy’.

Pada ketika itu, barulah dia sedar itu adalah panggilan daripada anak perempuannya yang kini berada di asrama.

Dalam rakaman tersebut turut kelihatan kedua-dua beranak ini tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata.

“Eh anak aku. Ya Allah, kakak! Ya Allah. Kakak how are you sayang? Kakak macam mana dekat asrama, okay sayang?

“Daddy rindu kakak, everyday daddy tunggu kakak call, daddy doakan kakak happy dekat asrama. Kakak don’t cry okay, kalau kakak cry, daddy cry.”

@radiotelevisyenmalaysiaSebak min tengok masa berbuka semalam 🥲 ##fypシ ##fyp ##foryoupage ##explore ##foryou ##fypdongggggggg ##rtmklik ##borakdulubarubuka ##rtm75♬ original sound – RTM Malaysia Official

Sementara itu, di Instagram, Amin Idris memaklumkan rupa-rupanya itu adalah kejutan daripada penerbit rancangan ini.

“Kejutan dari Penerbit #BorakDuluBaruBuka hari ni. Dia kata dari peminat BDBB bernama Wardah.

“Yer yer jer Bro Amin fokus kat kamera, bila jeling kat moniter… “Ya Allah anak aku Qistina!” Terus terburai air mata rindu.

“Misi gagal menyamar jadi tukang kebun terubat dengan kejutan dari penerbit. Terima kasih bossku.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amin Idris (@amin_idris)

Rata-rata netizen teruja dengan perkongsian tersebut dan masing-masing meninggalkan komen di laman Instagram beliau.