“Nasib baiklah saya produser ada gelaran Dato’ dan Paduka Ayahanda”

Produser Datuk Boy Iman mengkritik sikap segelintir pendatang baru industri seni tanah air yang dikatakan berlagak sombong terhadap artis senior apabila sudah popular.

“Jumpa artis lama pun tak hormat. Nasib baiklah saya produser ada gelaran Dato’ dan Paduka Ayahanda’. Kalau tak dengan saya dia ‘langgar’ dan berlagak.

“Saya perhati saja pelakon baru nak ‘up’ ini. Berlakon pun macam kayu. Harap pengikut ramai di IG (Instagram) dan media sosial,” katanya menerusi status di IG, hari ini.

 

View this post on Instagram

 

Huhuhu..ada peminat bg saya. Ketika ini dia masih bersekolah dan dia mengaku yg dia undi saya dan paksa kwn2, family dan sedara mara undi saya utk saya menang atau tercalon top 5. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002. Masa ni zaman kegemilangan saya, Rebutan produser, pengarah dan rakan2 media. Rebutan gadis2 tak payah cakaplah. Peminat ramai, awek ramai, adik2 pun ramai minat saya masa ni. Bg lah can saya nak poyo sikit, bukan selalu..😄 Sebab tu saya tak heran dgn budak2 br nak up ni, br berlakon satu dua drama pastu meletop dah “kerek” dgn kita artis senior ni. Jumpa artis lama pun x nak hormat. Nasib baiklah saya ni produser, ada gelaran “dato” dan “paduka ayahanda”.. Kalau tak dgn2 saya dia langgar dan berlagak. Saya perhati je pelakon2 br nak up ni, berlakon pun mcm kayu. Harap followers je ramai dkt ig dan media sosial. Itupun ada yg lupa diri, sombong dgn peminat dan rakan2 media. Kalau bukan kerana mereka awak pun bukan sapa2. Apa2 pun satu je saya nak ingatkan industri ini kecik aje dan bermusim. Ada masa awak diatas dan ada masa awak dibawah. So prepare la apa yg patut bila time tu x laku, xde peminat dan jgn jd masa tu xde apa2. Yang penting ilmu lakonan tu kena cari dan gali supaya mutu lakonan seiring dgn populariti yg dikecapi. Saya 1st berlakon umur 16 tahun, Hbs SPM dtg kl kejar cita2. Semakin serius masa umur 20 tahun masa tu masih study di akademi tv3. Saya pun ada buat silap dgn tggal belajar dan fokus jd pelakon sepenuh masa pada umur 21. Umur 22 tahun dpt msk top 5 walaupun x menang tp ianya satu pencapaian yg hebat ketika itu tanpa adanya media sosial, Tanpa adanya kelab peminat rasmi ketika itu. Terima kasih pada semua yg pernah menyokong, membenci saya dalam industri hiburan tidak kisahlah anda pekerja industri, peminat, rakan wartawan dan sesiapa sahaja. Saya sangat hargai kerana tahun ini menjadikan saya hampir 19 tahun dlm industri dan saya masih berada disini walaupun tidak seaktif dulu sebagai pelakon. Masih bergelar produser, penyanyi dan masih ditawarkan berlakon. #boyiman #dbi #datoboyiman #datodrboyiman

A post shared by Dato’ Dr Norul Iman A Rahman (@datoboyiman) on

Boy Iman atau nama sebenarnya, Noruliman A Rahman meluahkan rasa terkilan terhadap pelakon baru terbabit sewaktu menceritakan kiriman mesej daripada seorang peminat yang menyokongnya sejak menceburi bidang seni 19 tahun lalu.

“Ketika ini (2002) dia (peminat) masih bersekolah dan mengaku undi saya dan paksa kawan, keluarga dan saudara-mara undi saya untuk menang atau tercalon dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002.

“Masa ini zaman kegemilangan saya dan menjadi rebutan produser, pengarah dan rakan media. Rebutan gadis tak payah cakaplah.

“Umur 22 tahun masuk Top 5. Walaupun tidak menang tetapi ia satu pencapaian hebat ketika itu tanpa ada media sosial dan kelab peminat rasmi.

“Sebab itu saya tak hairan dengan budak (pelakon) baru nak ‘up’ ni. Baru berlakon satu, dua drama, lepas itu ‘meletup’ sudah ‘kerek’ dengan kita artis senior,” katanya.

STATUS yang dimuat naik Boy Iman dalam Instagramnya. FOTO IG Boy Iman.

Menurut Boy Iman, ada pelakon baru didapati mula lupa diri dan bersikap sombong terhadap peminat dan media.

“Kalau bukan kerana mereka, awak bukan siapa-siapa. Apa pun, saya nak ingatkan industri ini kecil dan bermusim. Ada masa awak di atas dan ada masa awak di bawah,” katanya.

Penerbit filem Blok 404 itu turut menasihati pelakon baru supaya mempertingkatkan tahap lakonan dan mencari ilmu dalam bidang berkenaan supaya sering dengan populariti dikecapi.

“Bersedialah dengan apa yang patut apabila sudah tidak laku dan tiada peminat. Jangan pada masa itu tiada apa-apa,” katanya