“Rocky!! (Nama Sebenar Dia Rokiah)” Berjaya Turunkan 11kg, Sherry Alhadad Semakin Kurus

Pasti ramai yang perasan dengan perubahan bentuk badan pengacara dan pelakon popular, Sherry Alhadad yang kini semakin kurus.

Kalau dilihat penampilannya di malam Anugerah MeleTOP Era 2018 juga turut mendapat perhatian peminatnya dan rata-rata memuji dirinya semakin kurus dan cantik.

 

View this post on Instagram

 

Rocky!!! (Nama sebenar dia Rokiah) 📷 @kingfromzion

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on


Dalam pada itu, menurut laporan daripada Mstar Online, Sherry berkata dia mula mengubah gaya hidupnya selepas mendapat nasihat daripada doktor berhubung kesihatannya.

Pelakon ini berkata, doktor memberinya tempoh selama tiga tahun sahaja untuk menjaga kesihatannya jika tidak dia bakal berhadapan dengan risiko penyakit-penyakit berbahaya.

Selepas mengamalkan gaya hidup sihat, Sherry telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11 kilogram dalam masa tiga bulan.

“SEBELUM INI SAYA ADA BUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN DOKTOR SELALU CAKAP SAYA ADA TIGA TAHUN SAHAJA UNTUK JAGA KESIHATAN.

“BUKAN UNTUK MATI… TAPI UNTUK MENGELAK DARIPADA SEBARANG PENYAKIT. ALHAMDULILLAH, SAYA DAH BERJAYA MENURUNKAN BERAT BADAN SEBANYAK 11 KILOGRAM DALAM MASA TIGA BULAN,” KATANYA KEPADA.

Pelakon ini juga berkata, dia melakukan senaman dan menjaga pemakanannya untuk sihat dan cergas.

Sherry juga berhasrat untuk mengurangkan berat badannya di bawah 100 kilogram. Sebelum ini berat badannya adalah 119 kilogram dan selepas berjaya menurunkan 11 kilogram, berat terkininya adalah 108 kilogram.

Aktif bersenam sejak sebulan lalu, pelakon dan pelawak itu menjelaskan, dia bukan mahu kurus sebaliknya mengekalkan stamina dan hidup sihat.

“Suatu hari, saya terjaga daripada tidur dan terus membuat keputusan mengamalkan gaya hidup sihat kerana usia bakal menginjak 34 tahun.

“Saya sedar stamina tidak lagi seperti dulu kerana cepat penat. Malah, lutut juga berbunyi ketika naik tangga,” katanya kepada BH Online.

Sherry berkata, biarpun dirinya berbadan besar, namun dia cukup aktif dan suka melakukan perkara baharu.

“Ada pandangan kononnya orang berbadan besar itu tidak sihat, yang kurus pula sebaliknya… Itu semua tidak benar.

“Selain itu, ada juga peminat yang menghantar mesej secara peribadi. Mereka suka dengan bentuk tubuh saya sekarang.

“Sebenarnya, apa yang saya buat bukanlah hendak kurus, sebaliknya mahu sihat dan bertenaga,” katanya yang teruja program bual bicara, The Sherry Show & Friends akan disiarkan TV3, mulai 18 Mac depan.

Sherry yang juga mengemudi program carta lagu, Muzik Muzik memberitahu, dia bersenam tiga kali seminggu selama sejam dan berjaya mengurangkan tujuh kg dalam tempoh sebulan.

Tambah Sherry, dia teruja mengamalkan hidup sihat kerana didorong pembantu peribadinya, Aqella yang cukup bersemangat dan aktif.

Kami doakan Sherry diberi kesihatan yang baik dan berjaya mendapatkan berat yang diingininya.