“Siap pakai stongan,” Netizen Kagum Pekerja Jaga Aurat Walau Angkat Sawit Berat, Rupa-rupanya…

‘Sunburn’ ni bukan satu perkara yang hanya ditakuti para wanita malah ianya juga menjadi mimpi ngeri buat lelaki yang bekerja di bawah terik matahari kerana tidak mahu ‘rentung’ dek kerana cuaca yang panas. Faham-faham sahaja lah cuaca di Malaysia ni.

Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan sunburn seperti memakai sunblock dan sebagainya. Namun lelaki ini mempunyai cara tersendiri yang lain daripada lain telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna iaitu @paan_ang, kelihatan seorang ‘wanita’ bertudung yang kelihatan begitu sado semasa bekerja di ladang kelapa sawit itu. Pada awalnya, ramai yang menyangka mungkin juga wanita itu mempunyai badan yang sado setelah lama bekerja mengangkat berat di situ.

Namun siapa sangka, rupa-rupanya ianya adalah seorang lelaki dan difahamkan dia memakai tudung sewaktu bekerja bagi mengelakkan menjadi sunburn bahkan pemuda ini juga sempat berseloroh meminta netizen jangan risau kerana dia merupakan lelaki sejati.

Video yang tular di laman TikTok:

@paan_ang Kerja kena jaga aurat 🤣 kalau tak abis retung 💆🏿 haha #LazadaTambahRaya #BersahurBersamaBerocca #fyp #fypgakni #fypdongggggggg #masukberanda ♬ suara asli – Angi Lay

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.1M tontonan, 148.8K tanda suka, 6542 komen dan 2229 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizn turut ‘tertipu’ dengan penampilan beliau saat bekerja kerana ingin mengalkkan diri daripada terkena cahaya matahari.

Dalam masa yang sama, netizen juga tertanya-tanya tudung siapa agaknya yang diambil oleh lelaki itu setiap kali dia ingin keluar bekerja siap pandai matchingkan dengan baju pula tu.

Antara komen warga maya:
“Baru nak cakap sado nya akak ni, last last erm bang jamal.”

““Waktu kerja kau latipah. Di luar kau latip. Ghisauuu.”

“Pi kebun yang banyak ulat, memang aku guna trick yang sama.”


“Awek sado.”