“Letih bangun sahur kot..” Ustaz Habis Cara Dah Kejut, Pelajar Selamba ‘Tidur Mati’

Mesti ada diantara kita kalau dah jumpa bantal, memang ‘tidur mati’. Kadang ada juga yang tempat tersebut tak selesa pun dia boleh tidur contohnya waktu duduk di atas kerusi, sewaktu makan dan banyak lagi. Bukan sahaja senang tidur, malah susah untuk dikejutkan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana budak perempuan ini tertidur di dalam kelas dalam keadaan sedang duduk dan kepalanya diletakkan di atas meja mencuri perhatian ramai.

Namun apa yang lebih melucukan, dia kelihatan sangat selesa dan nyenyak tidur walaupun dalam keadaan begitu malah susah untuk dikejutkan oleh gurunya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pegguna TikTok iaitu @weiraa12, difahamkan pada awalnya guru tersebut telah mengejutnya dengan baik dan perlahan.

Akan tetapi, oleh kerana dia sukar untuk dibangunkan maka guru itu mencuba dengan cara lain dimana memannggil nama penuhnya dan mengetuk meja menggunakan marker pen namun usaha tersebut hanyalah sia-sia apabila budak perempuan itu tetap ‘santai’ tidur seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Umairah, puas ustaz gerak..kuat dah rasa suara ustaz tu dia punya tak sedar tu macam penat sangat” ujarnya.

Menerusi komen, ada seorang pengguna TikTok yang dipercayai mak cik kepada budak perempuan tersebut akui dia memang sukar untuk dibangunkan jika benar-benar mengantok.

“sebenarnye ustaz ni dah kejut elok2 dah tapi tak sedar2 jenis anak buah ni memang payah bangun.. bunyi lah kuat macam mana pun kalau die dah mengantuk memang dia payah nak bangun” katanya.

Menerusi sebuah lagi video lain, pengguna TikTok ini juga memuat naik satu gambar dimana mengatakan budak perempuan tersebut memang kuat tidur kerana seelah pulang daripada sekolah pun dia akan sambung tidur semula.

Video yang tular di laman TikTok:

@weiraa12 Umairah 🤦‍♀️ puas ustaz gerak 🤣kuat dah rasa suara ustaz tu dia punya tak sedar tu macam penat sangat 🤣 #fypage #fyp #fypシ゚viral #fypdongggggggg ♬ bunyi asal – Weiraa12

@weiraa12 Balas kepada @dyana_xian ♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat pelajar tersebut yang tertidur sehingga tak sedarkan diri mungkin kerana terlalu penat.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berkongsikan penhalaman yang sama dimana mempunyai anak yang sukar untuk dikejutkan jika tidur.

Antara komen warga maya: