Connect with us

Viral

Bercinta Beza Agama, Yazmin Aziz Hairan Mengapa Netizen Pula Yang Stress

Kita sering lihat di media sosial dimana ada diantara kita yang bercinta berlainan agama bahkan mendirikan rumah tangga apabila salah sorang memeluk islam.

Pun begitu, jika tiada apa-apa ikatan yang sah, seseorang muslim tetap harus menjaga ikhtilatnya kerana perkara tersebut ditegaskan di dalam agama Islam.

Terdahulu, seorang penyanyi iaitu Yazmin Aziz menjadi bualan warga maya apabila dikatakan berpelukan dan bercium dengan teman lelakinya, Nixon Guylherme Brizolara yang merupakan pemain import kelab TRW Kelantan FC.

Bagaimanapun baru-baru ini dia kembali mendapat perhatian apabila tampil menjawab salah satu pertanyaan daripada salah seorang pengikut di laman sosialnya.


Yazmin akui sering ditanya mengenai agama teman lelakinya itu sehingga dia terpanggil untuk menjawab pertanyaan tersebut.

“Adakah teman lelaki awak seorang Kristian?” tanya seorang pengikut di TikTok.

Kata Yazmin, 20, dia dan teman lelaki berbeza agama memandangkan dia beragama Islam.

“Ramai yang tanya benda sama jadi saya akhirnya akan menjawab. Tidak! Dia bukan Kristian tetapi seorang katolik.”

“Dan betul, dua-dua agama kami berbeza. Tetapi saya tak faham. Kenapa lagi ramai orang yang stres daripada kami tentang agama berbeza?”

Di ruangan kapsyen, Yazmin juga mengatakan bapanya dahulu juga seorang penganut agama Kristian.

“Bapa saya dulu pun Kristian.”- tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengatakan katolik juga salah satu cabang agama kristian.

Bukan itu sahaja, netizen juga memberikan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut. Ada yang positif, dan ada juga yang sebaliknya.

Antara komen warga maya:

“Catholic tu kristen la sis”


“Betul2 kita dengan partner pun berbeza agam relax jer tapi asal semua sibuk”

“Tak kisah la agama berbeza atau bangsa berbeza janji dia boleh sayang, respek dan terima kita seadanya”

“Jangan pedulikan pendapat orang.. yang kawin nanti tu kamu”


Video yang tular di laman TikTok:

@yazminaziz Replying to @edhz_0812 bapa saya dulu pun Christian 😅 #fyp #tiktokmy #couple ♬ original sound – Yazmin Aziz

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)